Bab 2
aku memandang ke arah
skrin server.adui,pening kepalaku.client account cannot access pulak,LDAP
problem pulak.jenuh aku membuat troubleshooting di client site dari pagi
lagi.tergaru-garu kepalaku memikirkan masalah ku ini.
“nia lunch break dulula “
mr wong supervisorku mengajak.aku cuma mengangguk sambil tanganku pantas menaip
sesuatu di skrin.mr wong keluar,aku masih membatu di dalam bilik server
itu.memang perangaiku begitu,selagi belum siap tugasan yang diberikan aku
takkan berganjak mahupun untuk berhenti rehat.
“nia,I bought u
subway..”ika colleagueku masuk sambil membawa sandwich subway.ika memang sedia
maklum dengan perangaiku itu.sampaikan dia terikut-rikut dengan ku.aku mencapai
dan mengunyah sambil meneruskan proses troubleshoot ini.sebaik sahaja subway
mencecah bibirku..tiba-tiba aku tersenyum..sandwich subway…oh God…
The Sad Love Story….
aku membelek helaian demi
helaian buku.suasana bising di kafe tidak menggangu aku untuk meneruskan
revision di situ.sambil mengunyah sandwich tanganku pantas mencatat nota di buku
kecilku.ya Allah sekejap lagi final network security dan aku tak sempat habis
revision lagi.mila yang dahulu aku tinggalkan semenjak berpindah sekolah telah
aku temui semula di kampus ini.we’re really a devoted bff.dan dari mila aku
tahu adam dah ke ireland,further study di sana.alhamdulillah rezeki dia.dan for
sure dia akan jumpa minah saleh yang hot yang sesuai untuk jadi partnernya.mila
yang sedang menyambung pelajaran di dalam chemical engineering.kami berlainan
fakulti tapi alhamduliilah kami dapat memohon untuk duduk dibilik yang sama.
“nia ko dah study chapter
5 tak”sesusuk tubuh yang aku kenali melabuhkan punggungnya di hadapan ku.aku
mengangguk
“good,kau brief kat
aku..please”suara itu merayu.
aaaa…kacau daun la mamat
ni.aku baru nak revise last chapter dia dah terpacak mintak tolong.tu lah sibuk
dating,time nak belajar carik aku.
ilham,bf si mila
tersengih-sengih dihadapanku.mujur ko balak bff aku,kalau tak aku tak layan
“hah sini..chapter 5
pasal…..”aku meneruskan penerangan kepada ilham sambil tekun dia mendengar.aku
kemudian berasa tidak selesa.seawal aku duduk di kafe aku terasa diri ini
diperhatikan.aku yakin mata itu memandang tepat ke arahku dan ilham.dan sewaktu
ilham duduk dimejaku,aku perhatikan mata itu seakan-akan tidak menyukainya.wth..suka
hati aku la nak duduk dengan sape-sape pun
“dah..ko paham tak.lain
kali dating bawak aku sekali,boleh aku ajar ko terus..”sedas aku menembak si
ilham.merah mukanya malu.
‘ko la sahabat aku dunia
akhirat nia…”
“time ni la ko nak
mengaku aku sahabat yek…”aku mencebikkan bibir.pura-pura merajuk dengan ilham.
uwekk..geli aku nak
merajuk dengan boyfriend orang.buang masa aku jek.dan tatkala itu aku dapat
merasakan mata itu tidak merenungku lagi.kedengaran kerusi ditolak kuat dari
meja berhampiran dan kelihatan sesusuk tubuh bangun dengan keadaan
tergesa-gesa.
“woo..pehal mamat
tu.macam hot dengan aku jek..”aku bersuara .memandang ilham sekiranya dia
mengenali pemilik mata itu.
“harris,budak fakulti
aero tu.itu budak blok aku tu.ntah..ko ada carik pasal dengan dia ke..”
aku jungkit bahu.bila
masa aku kenal dia entah.dengan budak aero lagi memang lari bidang la.tak
pernah pulak aku bergaduh sepanjang aku di kampus ini.mamat ni datang bulan
kot.muka dia pun aku tak sempat nak telek tadi.entah-entah jongos ke..hehe
memilih jugak aku ni,cik nia sedar diri anda sedikit.kalau ada laki nakkan kau
pun dah boleh buat sujud syukur dah.
“dah,enough pasal budak
tu.aku ajar ko takde habuan ke.ko bagila sandwich subway ke..’aku tersengih
kepada ilham meminta upahku.
‘yerla nanti aku kirim
kat mila.ko tak abis-abis dengan sandwich.ko diet yek..”
“suka hati aku la..nak
diet ke..nak gemuk ke….”
memang tengah diet
pun.lepas spm kerja aku makan tidur makan tidur sampaikan berat badan aku
naik.sekarang it’s time to reduce weight.nanti karang dahlah tembam,tak
cantik,harap kulit jek putih.market takde tu.
“subway aku tau..”
“baik bos”ilham
mengangkat tangannya.aku sengih lagi.save budget dinner aku malam ni.
pagi itu sewaktu ke
kampus aku ditahan oleh seorang junior fakultiku.
“kak nia,ada barang untuk
akak”juniorku menghulurkan beg plastik itu kepadaku.aku mengambilnya.
pelik,ntah-ntah ada orang
nak mandrem aku ke.seriau aku memikirkannya.aku membuka beg plastik itu cuba
melihat isi kandungannya.sandwich subway kegemaran aku.senyuman terbit
dibibirku tapi siapa yang bagi.hmm..nak makan takut pulak.dan aku terjumpa
sekeping nota terselit di dalam beg plastik itu
buat cik nia yang comel
sandwich subway kegemaran awak
ikhlas
harris
harris..budak aero yang
pelik tu ke..ee..dia tu stalker ke..ngerinya…kalau aku buang karang kesian
pulak kat dia.takpe aku bagi mila,takpun si ilham tu makan.risau woo,ade dia
letak minyak guna-guna ke kat dalam tu naya aku.
aku duduk di meja
pasangan 2 sejoli itu.sengaja menyelit mengacau mila dan ilham dating.mila
menjengilkan matanya tanda protes.aku menayangkan beg plastik itu dihadapan
mereka
“mine..from someone..”
sengaja aku kuatkan perkataan someone.
hehe,kene tunjuk aku
masih ada market lagi walaupun sering digelar nia budak comot oleh pasangan
soulmate ini.mila kehairanan,sejak bila bffnya mempunyai secret admirer.tak
sangka pulak ada lelaki berkenan dengan minah selebet yang malas menjaga diri
ini.wah,ini permulaan yang baik untuk nia lupakan adam.
“harris ke?”ilham meneka
tepat.mukaku tiba-tiba bertukar merah.macam mana ilham tahu.ilham sudah
tersengih-sengih macam kerang busuk.
“dia tanya aku ko suka
makan subway ke.hari-hari dia tengok ko melantak subway tu.”ilham meneruskan
ceritanya.
oo patutla bagi
subway.stalker tu dah korek baik punya dari si ilham ni,pandai pulak dia
mendapatkan maklumat.direct dari boyfriend bff aku.eee..tak boleh jadi
ni.entah-entah stalker ni hari-hari menghendap aku.entah-entah dia tau spender
aku kaler ape…nia tiba-tiba mengigil.takut pulak kalau si harris ni extreme
orangnya.mane tahu satu hari dia buat benda yang tak elok padanya.
“dia tu stalker ke..takut
la aku…macam mamat psycho jek..ee mintak simpang…”
“cik nia,don’t judge
someone before u meet them.tak baik tau.entah-entah si harris tu baik
orangnya,he just want to be friend with u..”tiba-tiba mila menyebelahi mamat
yang tidak diketahui asal usulnya itu.
“mila..friend with me
yang paling aku tak terima tau.me..ok.aku ni kalau diberi pilihan lain,better
dia pilih orang tu.korang tengok aku,ade ciri-ciri wanita pilihan ke…”
memang pelik kalau si
harris tu admire aku.entah apa yang dia nampak pada aku pun aku tak
tahu.semenjak dari insiden adam,mana ada pernah lelaki yang mengajak aku
keluar,yang ingin berkenalan dengan aku.sehingga ke tahun ke 3 aku di kampus ini tiba-tiba hadir lelaki
bernama harris pula.sungguh memelikkan.
“but cute…”serentak
pasangan itu menjawab serentak dan mereka ketawa bersama-sama.alahai time ni
pulak nak beramah mesra couple ni.
aku sukakan mereka
bersama.mila dan ilham sama cantik dan padan.ilham seorang yang sangat
penyabar.untuk memiliki mila,dia melayan karenah mila yang sangat menduganya di
awal pertemuan.di pukul 3.00 pagi sanggup dia bersusah payah ke mc d untuk
memebelikan mila mcflurry.sanggup menghantar mila pulang ke rumahnya bila tiket
bas habis.dan paling aku kagum dia sanggup bersekang mata menjaga mila di
hospital sewaktu mila dimasukkan ke wad akibat keracunan makanan.itulah bukti
cinta sejati seorang lelaki.bukan kerana cinta yang berlandaskan nafsu
semata-mata.aku ingat lagi mila pernah bercerita bagaimana dia menguji ilham
cuba menggoda ilham untuk berbuat sesuatu yang tidak elok.ilham memarahinya dan
mengugut untuk meninggalkannya sekiranya mila berkelakuan begitu
lagi.alhamdulillah ilham lelaki yang baik.bagi ilham perempuan yang layak
disentuhi hanyalah isterinya yang sah.dan dia cuma menunggu masa yang sesuai
untuk menjadikan mila sebegai surinya yang sah.so sweet aku mendengar kisah
cinta mereka berdua.terbuai-buai dalam angan-angan sendiri untuk satu hari aku
memiliki pasangan seperti itu.biarlah tidak setampan si adam iskandar cukuplah
dengan pekerti yang baik dan yang paling penting menghormati pasangannya.macam
mak dengan abah.saling melengkapi antara satu sama lain.menjadi pendinding
ketika dilanda badai,dan menjadi penyeri dikala bahagia.
“lelaki sama jek.mesti dia ada plan nak
kenakan aku.sama macam si adam lahanat tu….’aku bersuara
“nia..”mila meninggikan
suara apabila aku mengeluarkan gelaran yang tidak elok kepada adam
‘even u hate him,jangan
menyumpahnya macam tu.kalau dia dah takde,sempat ke kau nak jumpa dia mintak
maaf” mila mengingatkan aku.supaya tidak terus hanyut dengan kebencian yang
membuak-buak terhadap adam.supaya aku tidak terus menambahkan dosaku pada adam
kerana sering menyumpahnya.
aku cuba mengeraskan
hatiku pada adam.mengeluarkan kata-kata kesat pada lelaki itu supaya hati aku
terus melupakannya.aku mahu tiada nama adam lagi tersemat di fikiran aku.
“who’s adam..am I missing
something’ilham bersuara memecahkan kesunyian di antara kami
bertiga.mengejutkan aku dari khayalan
terhadap lelaki itu
“nothing..he’s history”
aku menjawab ringkas.mila cuma menggelengkan kepala menegah ilham dari terus
bertanyakan soalan itu kepadaku.tidak mahu luka lama itu berdarah kembali
guruh berbunyi di sebalik
awan yang menghitam semulai tadi.serentak titis-titis hujan mula turun
membasahi lantai kafe.kami berlari mencari tempat berbumbung menyelamatkan diri
dari kebasahan.hujan ini bagai mengerti perasaanku ketika ini.hujan ini ibarat
air mataku yang ingin mengalir deras saat dan tika ini.bagaikan ada perancangan
Tuhan untuk semua ini.hatiku sering bertanya kenapa Tuhan tidak memadamkan
ingatan ku terhadap adam.makin aku semat perasaan benci kepadanya makin Tuhan
menguatkan lagi ingatanku terhadap lelaki itu.kenapa duhai hati,janganlah
bersedih.insyaAllah ada cahaya buatmu nanti…
“off to go..’aku
bangun.walaupun hujan aku tetap nekad ke mph.mencari koleksi bahan bacaan
untukku sepanjang hujung minggu ni.
‘where”mila bertanya.
“biasela..mph.nak
ikut…nopela..tak boleh bercinta dalam kedai buku..tak romantik…”aku memerli
pasangan itu.mila mencebikkan bibirnya marah dengan statement berani mati aku
itu.
“hujan ni ko naik ape
nia?”ilham bertanya menunjukkan kerisauannya sambil matanya memandang ke arah
titisan hujan yang masih membasahi kampus ini
“naik skuter aku
la,takkan nak naik lori pulak”
“kau ni basahlah
nanti.kau bawak kereta aku la.aku balik dengan ilham nanti” mila menawarkan
keretanya kepadaku.aku menggeleng.tidak mahu menyusahkan orang lain untuk
urusan peribadaku.cukupla dengan skuter purple kesayanganku.kalau hujan,aku
pakai baju hujan.kalau takpun aku redah jekla…hehe
“nia..”mila menjerit ke
arahku yang memanjangkan langkah keluar dari kafeteria itu.titisan hujan
semakin mereda.cuma titisan-titisan kecil masih membasahiku.langit mula
kelihatan cerah.alhamdulillah,rezeki ku hujan makin reda.semoga hujan ini
membawa pergi lara di hatiku ini ya Tuhan….
aku merapatkan diriku di
deretan buku-buku motivasi.mencari sedikit ketenangan dengan membaca buku-buku
motivasi ini sambil menyerapkan self-esteem ku.sebuah demi sebuah buku dibelek,memandang
covernya dan mataku kusyuk membaca setiap bait ringkasannya.aku mencapai sebuah
buku yang aku rasakan topik yang cukup menarik untuk menjadi bahan bacaan ku
nanti.dari rak motivasi aku beralih ke arah deretan novel-novel tempatan.mila
selalu cakap,orang yang suka baca novel cinta hatinya halus.jiwanya dambakan
kasih seperti yang tertulis dalam erti kata lain kuat berangan.yeah..you’re
right honey.memang bffmu ini kuat berangan.mengharapkan akan ada hero-hero
seperti di dalam novel-novel itu hadir dalam hidupnya.hehe what a crap
nia…daydreaming betul.sebab susah nak dapatla aku kena berangan.cinta novel tu
cinta luar biasa.tidak sesuai untuk orang-orang biasa seperti aku ni.
aku mencapai beberapa
novel,membaca sinopsisnya dan tersenyum kecil.setiap heronya digambarkan
seperti seseorang itu.kelakar..pada fikiranku.kenapa hero mesti berlagak
seperti ice king..muka yang handsome..dan ego yang tinggi…sebab itulah lelaki
yang menjadi pujaan wanita-wanita di luar sana.sama seperti kau nia…kau..adam….dah-dah
nia…no adam…
dan akhir sekali aku
menuju ke arah rak yang memang tidak akan diduga oleh semua orang.rak yang
menjadi pilihan utamaku setiap kali aku datang kekedai buku.rak buku-buku
masakan.aku mencapai buku panduan menghias kek.hobiku dari kecil lagi.aku suka
membantu maksu membuat tempahan kek untuk majlis.kek majlis
harijadi,pertunangan,perkahwinan dan anniversary.maksu memang berbakat dalam
membuat dessert,kek dan pastry.kepandaiannya diwarisi daripada wan yang memang
merupakan pakar memasak di kampung.maksu sanggup menghabiskan wang dan masa
untuk menghadiri bengkel-bengkel seni membuat kek dan menghiasnya.dan
kepandaian itu digunakan untuk membuat bisnes sampingan di rumah.sehingga
sekarang maksu yang baru sahaja meletakkan jawatan sebagai seorang akauntan
mengambil upah membuat kek dan pastry.pendapatan dari itu cukup untuk membantu
suaminya untuk perbelanjaan keluarga dan untuk perbelanjaan dirinya.dia sanggup
meninggalkan pekerjaan glamour itu untuk menjadi suri rumah sepenuh
masa.seronok katanya.tidak terikat dengan arahan dan peraturan.banyak masa
diluangkan untuk suami dan anak-anak.maksu bertuah, paksu halim seorang yang
penyayang dan pandai menguruskan keluarga.kalau aku, aku sanggup tinggalkan
kerja untuk suami seperti itu.
aku tersenyum memandang
setiap hiasan kek yang terpapar di
ilustrasi buku itu.nampak unik dan menyelerakan.alangkah bagusnya jika aku
mempunyai kepandaian untuk membuat dekorasi seperti itu.sepatutnya aku harus
bertukar course,bukannya ke arah computer networking tetapi masakan.
“itu nampak
menarik..”satu suara tiba-tiba terkeluar dari empunya badan yang berdiri
disebelahku.aku mengalihkan pandangan kearah nya.sesusuk tubuh yang macam
pernah aku lihat sebelum ini.tinggi orangnya.smart dan yang paling menarik senyuman
yang terukir di bibirnya.sangat sweet..lesung pipit itu sama seperti adam.
“kalau awak pandai buat
macam yang ni,bolehla saya tempah dari awak jek” dia menambah lagi.memandang ke
arah diriku yang terlopong dari tadi.tangannya pantas mengambil buku itu
dariku.
ya Allah malunya,besar
sungguh mulutku terlopong tadi.aku cepat-cepat menutup mulutku.kontrol ayu
habis.jaga saham kau nia.
“tak pandai”aku jawab
ringkas sambil tersengih-sengih malu.aku mencapai buku itu ditangannya dan
terus menuju ke arah kaunter.malunya yang amat ditegur oleh lelaki yang tidak
dikenali.lelaki itu tetap mengekori langkahku.aku berhentikan langkah,pura-pura
membelek majalah di rak majalah.dia pun memberhentikan langkahnya.dia ni
stalker tu ke..dari perasaan malu bertukar kepada kerisauan yang amat.dia ke harris yang dimaksudkan ilham tadi.oh no, dia
mengekori aku ke.ya Allah lindungilah hamba-Mu ini dari sebarang anasir yang
buruk.
aku meletakkan buku-buku
di kaunter.tanganku pantas menggagau begku mencari walletku.
la…waktu-waktu ni pulak
aku tak jumpa wallet sambil mataku melilau memandang sekeliling takut stalker
tu mengekori aku lagi.
“semuanya rm56.80
kak”adik manis cashier itu menegurku.aku mengagau lagi mencari walletku.
memang tiada di dalam
beg.aku cuba mengingati di mana kali terakhir aku mengeluarkannya. ya Allah di
kafe..dengan budak berdua.wallet atas meja..tertinggal.patutlah mila
terjerit-jerit panggil aku.tapi kenapa mila tak call aku.aku mengeluarkan
handphoneku.sekali lagi aku menepuk dahi.bateri kong rupanya.memang langkah
kiri aku hari ni.dahlah tertinggal wallet,bateri phone habis dan paling teruk
berjumpa dengan stalker tu
“kak nak beli tak..”adik
cashier menegurku lagi setelah sekian lama aku berdiri di kaunter.kelihatan ada
2,3 pelanggan lagi menunggu giliran..terpaksa aku batalkan pembelian.mana ada
duit nak membayar
“dik..akak..”belum sempat
aku menghabiskan ayatku sesusuk tangan menghulurkan 2 keping helaian not RM50
kepada adik cashier.
“I’ll pay for her,she’s
my friend”dia membalas.adik cashier itu tersenyum kecil memandang ke arah
lelaki itu yang sedang membayarkan buku aku.dia mengenyitkan mata nakal kepada
adik cashier itu dan tersipu-sipu adik cashier itu memulangkan baki wangnya.
gatalnya mamat stalker
ni.baik aku blah cepat sebelum dia apa-apakan aku.aku mengambil plastik dari
tangan adik cashier tersebut
“kak boyfriend
yek.handsome kak..”sempat lagi adik cashier tu kenakan aku.aku menggelengkan
kepala.
boyfriend,nama penuh dia
pun aku tak tahu.mujur adik cashier ni memang dah biasa dengan aku yang merupakan
pelanggan tetap kedainya.kalau tak mahu jek aku sound sedas dua pada adik
cashier tu.
“awak,thank you yek,nanti
saya bayarkan duit.saya tertinggal wallet.”aku menerangkan keadaan yang
sebenar.lelaki itu hanya tersenyum memandangku
“it’s ok.saya belanja..”pendek
jawapannya.
belanja..kalau aku tahu
nak belanja aku borong satu mph tu.tak cakap awal-awal
“ishh..seganla saya.kenal
awak pun tidak..”
“kalau macam tu kita
berkenalan la..saya mohd harris mohd khalili…final year aero…”dia
memperkenalkan dirinya sambil menghulurkan tangannya.aku janggal.tidak pernah
aku bersalaman dengan lelaki yang bukan muhrimku.tidak disambut salam itu takut
di anggap aku jual mahal dan sombong.aku membatu,tidak tahu akan tindakan yang
perlu aku lakukan.dia menyedarinya menarik tangannya kembali
“opss…sorry..”dia yang meminta
maaf dariku.senyuman itu terbit lagi dibibirnya tanda dia tidak ambil hati
dengan tindakan ku itu.aku lega.
aku semakin ralit melihat
senyumannya.senyuman yang mirip dengan seseorang yang sangat aku rindu.dia dan
adam, tidak sama tetapi memiliki senyuman yang serupa.senyuman yang
menggetarkan hati ku ini.
“and I’m not a stalker
ok.i’m just drop by here.mencari buku untuk my thesis then terserempak dengan
awak,cuba untuk menegur.awak melarikan diri mungkin sebab memikirkan saya nak
buat sesuatu…”dia cuba meneka apa yang bermain difikiranku tadi
“arghh..yess..no…”apa aku
merepek ni.kantoi pulak aku mengaku yang aku anggap dia seorang stalker yang
gatal
“bukan itu maksud
saya,saya cuak,saya tak kenal awak.awak tiba-tiba tegur saya.macam dah lama
kenal.kalau awak jadi saya,seorang perempuan takut tak kalau orang yang tak
dikenali merapati dan menegur awak..”aku menerangkan dengan panjang lebar
“yes..memang saya
risau.but don’t worry.i won’t harm any women.especially you..”alunan suaranya
tiba-tiba berubah bila menyebut especially you.lembut dan romantik.tergugat
keimanan aku.
“dapat subway awak…”dia
bertanya.aku mengangguk.
“mana awak tahu saya suka
subway..and my name..and my fac..”aku cuba mengorek darinya.dia tertawa kecil
melihat lagakku seakan-akan seoarang polis menyoal seorang pesalah.kami terus
berjalan beriringan keluar dari mph sambil diperhatikan oleh adik cashier itu
dan rakannya di kaunter.aku sempat menjeling ke arah adik cashier itu yang
menunjukkan ibu jarinya kepadaku…cess..budak tu sempat lagi.harris yang
menyedarinya berpaling ke arah aku sambil tertawa kecil lagi.perangainya sama
dengan adam.dia macam adam versi melayu jati.
“cik nia,dunia ni
kecil.dalam kampus saya boleh jumpa awak,takkan saya tak boleh dapatkan nama
awak.ilham,dia satu blok dengan saya.one of my junior buddy.just ask him..and
all in my hand”dia memetik jarinya.
aku hanya menjuihkan
bibir.macam hebat sangatla tu.kau belum kenal nia yang sebenarnya lagi.kalau
kau kenal,menyesal tak sudah.
“shall we” dia membukakan
pintu kafe starbucks berhampiran mengajak aku untuk minum bersamanya.segala
kenangan waktu insiden bersama adam tiba-tiba bermain semula.sama seperti
adam.lagak gentlemannya.
aku terhenti di depan
pintu.kerisauan insiden yang sama akan berulang kembali.risau jika harris ingin
mempermainkanku sama seperti adam.he’s so not into you nia.macam adam.kau
dengan dia macam langit dengan bumi ok.mesti ada sesuatu yang tak kena.
“takpe..tq..saya ada hal.”aku
menolak perlawaanya.aku mengalihkan langkahku ke arah pintu keluar
berhampiran.harris segera menghalang langkahku
“kenapa,tak sudi minum
dengan saya..”dia meminta kepastian di atas tolakanku tadi
“sorry,saya ada hal.lain
kali yek.duit awak nanti saya kirim dekat ilham ok…”aku cuba berdalih.ingin
melarikan diri darinya.dia masih membatu dihadapanku
“u’r phone number
please’dia meminta nomborku.aku membulatkan mata.details aku yang lain dia
boleh dapat takkan nombor phone tak boleh.pelik
“ilham tak bagi tanpa
kebenaran awak”dia menjelaskan kepadaku yang memandangnya kehairanan.beberapa
pengunjung yang lalu disitu memandang ke arah kami sambil berbisik.baru
kusedari lagak kami seakan-akan pasangan kekasih yang sedang bergaduh di
hadapan pintu itu.
“0183334455..”pantas aku
memberikan nomborku dengan harapan cepatlah dia lepaskan aku.rimas dengan
pandangan orang yang lalu lalang disekeliling kami
jarinya pantas menaipkan
nomborku ke dalam phonenya.dia tersengih
“thanks..i’ll give u a
call..”dia berjalan ke dalam.meninggalkan aku yang termanggu-manggu disitu.
give u a call..yerlah
tu.ayat mengayat.entah-entah haram nak call aku.saja nak test marketlah tu..aku
pun menolak daun pintu keluar dari mall tersebut.aku memandang ke atas melihat
matahari yang tiba-tiba menyinari langit seakan-akan langsung tiada hujan
sebentar tadi.hmm..adakah ini petanda..permulaan yang baru untukku.permulaan
yang baik..atau permulaan yang akan mengecewakan aku lagi.enough nia,jangan
terlalu berharap pada yang tidak pasti.
teet..bunyi sms masuk.aku
mencapai handphoneku.siapa pulak yang sms tengahari buta ni.dalam kebisingan di
kafeteria itu mataku memandang sekeliling takut-takut si stalker tu ada
berdekatan.lega..tidak nampak bayangnya.sudah 3 hari selepas perjumpaan tidak
rasmi itu dan aku masih tidak menerima sebarang panggilan darinya.nampak sangat
player.mujur aku tak terjerat haritu.mujur akalku masih boleh berfikir lagi.
u look sweet today..u’r pink shirt..very cute…
siapa pulak ni.nombor
yang tidak dikenali.ada stalker baru ke.kenapalah aku yang selebet ni asek jadi
sasaran stalker jek.
teet..bunyi sms kedua
masuk
upstairs..infront of that photocopy shop…
aku memandang ke arah
tingkat 2 kafeteria yang tersusun deretan-deretan kedai.mataku bertumpu ke arah
kedai fotostat yang berada di penjuru tingkat itu.kelihatan harris dan seorang
rakannya berdiri di hadapan sambil memandang ke arah mejaku.harris mengangkat
tanggannya ke arahku.
oh god..berdebar-debar
hati aku ni..kenapa pulak aku gabra ni..jangan nervous nia be cool…
“OMG nia..who’s that
guy…sanggup kau berahsia dengan aku nia..”mila menurunkan majalah yang sedang
dibacanya sambil memandang ke arah harris.harris mengangkat tangan ke arah mila
pula.
teet..sms ke 3 masuk
say hi to u’r sweet friend there…
gatalnya mamat ni.memang
ayat baik punya.kau ingat aku cepat cair.sorry wrong girl ok.
“he say hi, to u..a sweet
girl”
mila ketawa
terbahak-bahak.dia kemudian memandang
harris lagi dan memandangku dengan muka yang begitu excited
“nia,dia tu not
badla…nampak macam charming jek..”
uweekk..nak termuntah aku
dengar perkataan itu dari mulut mila.kalau ilham dengar mau merajuk 40 tahun
dengan mila tu.memangla charming,player katekan.nak test market mengorat
budak-budak junior.sah-sah betting dengan kawan-kawan dia tu
“kau nak sangat amiklah…itula
si harris..stalker gatal tu..”aku menjawab marah.bosan dengan permainan si
harris.
“harris..mamat subway
tu.wah nia..barang baik punya…”
ketawaku pecah mendengar
komen mila.dari marah aku merasakan lucu mendengar mila mengatakan harris
barang baik.lain pulak fikiran aku ketika itu..ya Allah..jangan fikir
benda-benda kotor.
aku memandang
harris.memang dia not bad,tapi aku yang bad.tak sesuai ok,dia smart ada
gaya.aku nia selebet dengan cardigan dan tshirt.paling anggun aku bergaya pun
pakai blaus dan slack.tudung pun aku pakai tudung bawal biasa jek.takde nak
bershawl macam trend sekarang pun.mana yang sempat aku tibai jek.
“he’s coming here”mila
berbisik ke arahku.
“what..”aku menjerit.tak
sempat melarikan diri dari meja itu.susuk tubuh itu sudah berada di kerusi
sebelahku.dia meletakkan sesuatu dihadapanku
“u’r subway..”
tertelan air liurku
memandang sandwich di hadapanku.right on time.tatkala perut aku mendayu-dayu
minta diisi.dia memang sentiasa datang tepat masanya.seakan-akan utusan untuk
menyelamatkan aku.
“u’r mila right.gf ilham
kan..”dia menegur mila
“yup..senior ilham ke?”
“senior kolej,satu blok.”dia
menjawab ringkas.
matanya memandang kearah
subway yang tidak terusik lagi.aku menahan diri dari mengambil
subway.malu.sudah banyak aku terhutang budi padanya.duit buku pun aku belum
jelaskan lagi.
“tak sudi makan..”dia
menegurku.aku telan air liur.
mak..laparnya.kalau aku
tak makan melepasla.subway dahla jauh dari kampus.dia sanggup keluar belikan
untuk kau nia,takkan kau nak tolak,kecik hati dia nia.kurang-kurangnya jamahlah
sikit, hatiku berkata-kata.tanganku perlahan mencapainya membuka wrappingnya
dan memasukkan ke dalam mulutku.subway itu dirasakan sungguh sedap dari
kebiasaan.mungkin sebab dihadiahkan oleh seseorang,rasanya agak lain.
“sedap nampak.tak pelawa
aku pun..”mila memerliku.aku tergelak,terlupa nak pelawa mila dan harris.sorry
beb, lapar sangatla mila.
“mestilah sedap.saya dah
letak minyak dagu dalam tu..”harris bersuara dan serentak tersembur subway yang
dikunyahku.aku terbeliak.harris ketawa kecil.
“I’m just kidding ok.gila
saya nak letak minyak dagu…”dia ketawa lagi melihat gelagatku tadi.aku mengelap
cebisan subway yang berada dipipiku.comotnya kau nia.tak senonoh betul.dahlah
depan lelaki pulak tu.kalau depan mila jek oklah.
“let me help you..”harris
mencapai tisu.belum sempat aku mencapai tisu di tangannya dia sudah mengelap
tisu itu dipipiku.perlahan-lahan membersihkan kotoran itu.
aku..kaku.terkedu..sama
seperti mila.terkejut dengan tindakan harris..macam dalam mimpi…dalam buku
novel..macam dalam filem hindustan..tiba-tiba ada lagu..ada orang
joget-joget…keluar gambar permandangan..hanya aku dengan dia jek…stop that
nonsense nia……aku menolak halus tisu itu.
“thanks….”aku menjawab
perlahan.malunya.dahlah aku yang comot.dia tolong bersihkan.mila masih lagi
terkedu dengan aksi luar jangkaan itu.harris yang menyedarinya bangun meminta
diri.
“sorry girls..ada
lecture..off dulu..lain kali kita borak-borak lagi…”
“hah…”itu saja perkataan
yang terkeluar dari mulut kami berdua.memerhatikan harris melangkah dari meja
kami.sebaik tubuhnya menghilang dari pandangan mila menjerit kecil
“nia..u’r so
lucky..ok.read my lips LUCKY…..”mila pula yang terover excited.
“what…”aku makin tidak
paham dengan perangai mila.dia pulak yang seronok lebih-lebih.aku ni makin
takut dengan perangai getleman tak bertempat si harris tu aderlah.
teet..sms masuk lagi
u’re so cute just now nnti I’ll give u a call tonight..don’t off u’r
phone..or else I pergi kolej u…
sms ugutan pulak.dah
makin berani mamat ni.aku memandang ke arah pintu keluar kafeteria itu.harris
berjalan beriringan dengan rakannya tadi.dia menoleh kebelakang menyedari aku
memerhatikannya dan sempat dia mengenyitkan matanya seperti kejadian di mph
haritu.ee..gatalnya mamat ni.siap kau malam ni.aku tazkirahkan kau cukup-cukup.
“mila jom,teman aku pergi
library..”aku menarik tangan mila.mila makin pelik dengan tingkah lakuku.dah
tersampuk harris ke budak ni.
“aku nak cari buku-buku
panduan agama jap..ada nak buat kajian..”dan mila semakin melopong.dia bangun
mengikut langkahku yang semakin deras menuju ke arah perpustakaan.
“assalamulaikum mak..buat
apa” aku menelefon mak.sesudah menelefon along,adik dan acu tadi aku sambung
perbualan dengan mak pulak.sengaja aku biarkan callku engage.mesti bengang
mamat gatal tu.call tak dapat-dapat.aku ketawa jahat.padan muka kau.
“mak baru balik dari
kenduri doa selamat rumah dr sakinah…”mak menjawab sayup-sayup di corong
telefon.talian agak terganggu sedikit.
“dr sakinah….”tak pernah
pulak aku dengar mak bercerita mengenai doktor tu.mak selalu bercerita tentang
tempat kerjanya kepadaku.tak pernah terkeluar nama itu dari bibir mak sebelum
ni.
“ex-specialist mak.dulu
dia satu wad pastu dia pindah ke private specialist.kenduri menyambut menantu ke 3 dia.weekend ni baru kenduri
kahwinnya.kau nak ikut tak.balik la kuantan minggu ni”mak mempelawa aku.
hai pelik.sebelum ni
memang mak jarang mengajak aku ke kenduri yang tidak melibatkan saudara-mara
kami.mak memang tau aku jenis liat nak menemannya ke kenduri kahwin.
“malas la mak.banyak
assignment nak siapkan..”aku membalas.
banyak tugasan yang aku
kena siapkan sepanjang minggu ini untuk dihantar pada minggu berikutnya. lagipun
aku memang tidak berminat menemani mak ke kenduri itu.malas nak berhias,malas
nak melayan kawan-kawan mak yang asyik mengusiknya mengenai teman hidup.
“betul nia taknak ikut
mak.nia tak nak jumpa anak dr sakinah ke..”soalan mak makin menjerat.
anak dr sakinah.aku dah
agak dah mesti mak ada plan lain.mesti mak nak kenen-kenenkan aku dengan anak
doktor tu.mak oii,dah-dahla mencari pasangan hidup untuk anakmu ini.anakmu ini
tidak terlalu desperate sangat mencari pasangan hidup.aku baru 23 tahun,belajar belum habis,tak terfikir nak
berkahwin pun.
“anak dia tengah bercuti
nia.baru balik dari ireland..”
gulp..aku menelan air
liur.balik dari ireland,cuti.macam menjerumus ke arah seseorang.mak takkan
mengajakku bersungguh-sungguh seperti itu.
“anak dia tanyakan khabar
nia.katanya dah lama tak jumpa nia…”
adam..nama itu yang
terkeluar di kepalaku.adam balik malaysia.adam anak kawan mak.ya Allah kecilnya
dunia ni.pusing-pusing,lari-lari..rupa-rupanya dia dekat jek dengan aku.
“adam ke mak.malasla
mak.orang bukannya ada apa-apa dengan dia pun.perkara dulu tu nia dah
lupakan”aku menjawab tegas.masih menolak ajakan mak.
“nia betul taknak jumpa
dia.just as a friend.lagipun mak pun tahu dia dah ada pilihan hatinya.ada pun
dengannya tadi..”
kata-kata mak menghiris
hati ku ini.dia dah ada pilihan hati.dalam hati aku masih mengharap ada
ingatannya terhadapku tanpa aku sedari dia sudah jauh meninggalkan aku.mungkin
nama aku tidak pernah terpahat dihatinya.siapa gadis bertuah tu.orangnya mesti
cantik,bersopan santun,bergaya sesuai dengan dirinya itu.hampir mengalir air
mata ini dibuatnya.be strong nia,adam bukan sapa-sapa pada nia kan….
“takpelah mak,nanti nia
bertumbuk pulak dengan dia…’aku cuba berlawak dengan mak sambil memberikan
ketawa paksa di corong telefon tanda aku ok menerima perkhabaran itu dari mak.
mak ketawa juga mendengar
lawak splastik dariku itu
“sampaikan salam nia pada
dia ye mak…”aku menyambung kembali perbualanku.biarlah adam menjadi satu
sejarah dalam hidupku.aku doakan adam bahagia dengan pilihan hatinya itu dan
Tuhan tolonglah luputkan ingatanku kepadanya.
“ok nia,mak nak gosok
baju abah kau ni.kan pakai baju berkedutlah abah kau pergi sekolah esok..”mak
meminta diri.
aku merenung jam.sudah
pukul 11 malam.lamanya aku bergayut di telefon semata-mata mengelakkan
panggilan dari mamat gatal tu.nak saja diceritakan pada mak mengenai harris
tapi hasratku terbantut bila mak bercerita mengenai adam.mematahkan mood betul
mendengar nama adam.
‘ok mak,nite mak.kirim
salam abah dan acu yek….”
“eh bukan kau dah
bergayut dengan acu ke tadi nia….”
aku tergelak
kecil.rupa-rupanya mak menyedari aku
menelefon acu tadi.
“yerla mak…nite
mak…mimpikan nia yek mak…”aku cuba mengusik mak
“mak mimpikan nia bagi
mak menantu nanti…”mak mengenakan aku kembali.jahat mak…beranganlah mak.anak
mak sorang ni takde hati nak mencari lagi.
“assalamualaikum
mak….”aku mengakhiri perbualan
“wassalam nia…”talian
diputuskan.
sambil hatiku berdebar-debar
sekiranya ada panggilan masuk dari harris.jahatnya aku.tergamak aku buat harris
macam ni.biarkan dia tertunggu-tunggu.mesti harris bengang dengan aku.dahlah
tak cantik,ada hati nak jual mahal.tiba-tiba timbul rasa menyesal pulak.kalau
harris ikhlas nak berkawan dengan aku apa salahnya.bukan nak buat laki
pun.kawan-kawan jek.lagipun dia kelakar dan getleman.aku suka tengok dia
senyum.sweet sangat.rasa tenang bila dia tersenyum.kalau dia buat muka pelik
lagi comel.saat ini aku meronta-ronta minta harris menghubungiku.takkan aku nak
call dia.malulah,nampak sangat aku mengharapkan dia call aku malam
ni.nope,jangan call dia nia.kau kena jual mahal sikit.kalau dia ikhlas mesti
dia berusaha call kau jugak malam ni.dia dah berjanji.lelaki yang baik takkan
mungkir janji.dia mesti sabar nia.
teet..sms masuk
nia..i’ve keep calling u since 8.and it keep going to u’r voice mail..any
problem
tangan aku pantas
membalas.tersenyum membaca sms darinya.bagai ada kelegaan dihatiku ini bila dia
cuba menghubungiku.
nope,receive call dr family.lama tak berbual dengan dieorang
teet..sms masuk lagi
saya call sekarang..boleh.or am I disturbing u..just a minute.nak
dengar suara awak..
aku tergelak kecil
membacanya.he’s so sweet.dengan aku yang dia baru kenal dia dah bagi layanan
seperti ini.kalau dengan girlfriend entah macam mana.uikss..bercakap pasal
girlfriend baru terfikir.lelaki macam dia ni,dah final year takkanlah takde
girlfriend kot.entah-entah gf dia kat kampus ni naya aku nanti.kena serbu
dengan gf dia ke tak ke malu.better ask for the sake of you nia…tanganku pantas
membalas kembali smsnya itu
gf awak tak marah ke awak call saya malam-malam ni.saya taknak
bertanggungjawab kalau awak bergaduh
teet..sms masuk.laju
betul mamat ni membalas
nope..dia tak marah cause I’m
texting with her now..
what..sambil dia sms aku
dia sms gf dia jugak.tangkas betul lelaki ni.wait…ayat ni macam double meaning
jek.i’m texting with her now..sapa
yang tengah bersms dengan dia sekarang..aku jek..eh bila masa pulak aku dengan
dia declare ni..or memang betul dia tengah melayan gf dia serentak dengan aku..
handphoneku terus
berdering..aku menatap skrin phoneku..tertera nama harris..nak jawab ke
tak..jawab ke tak..nia cepat nia..rezeki di depan mata nia..ringan tanganku
menekan butang accept di telefonku…
“hello
assalamualaikum…”aku yang memulakan perbualan dulu.
masih senyap sunyi corong
telefon itu.dia diam tidak bersuara.merajuk denganku pulak ke.aduhh…buat hal
betul mamat ni.
‘nak cakap dengan
siapa…”aku bersuara lagi mengharapkan dia menjawab.masih lagi sunyi tanpa
balasan darinya.dia ni buat lawak antarabangsa ke ape.kata nak call tapi senyap
jek
“kalau taknak cakap saya
letak telefon…”aku memberikan amaran yang pertama.terbakar hatiku sedikit
dengan gurauan harris.masih lagi diam membisu.ke telefon aku ni rosak aku
membelek-belek telefonku.tadi bergayut ok
jek.dengan mak jek line tak berapa clear.
“jangan main-main..saya
letak sekarang..nite..assalamulaikum…”
aku putuskan talian.puas
hati.main-main dengan aku.dah kena sedas dengan aku.kalau aku jumpa dia depan-depan
memang siaplah kena basuh dengan aku.baru aku nak bagi kuliah agama pada dia
malam ni tapi membisu pulak.tadi dia yang beria-ria nak call.hampeh betul..aku
merungut-rungut.mujur mila belum balik dating lagi.kalau tak mau pening dia
tengok karenah aku malam ni.
teet sms masuk…
I just told u..it’s only a minute..just only to hear u’r voice
teet.. sms masuk lagi
sorry, saya taknak ganggu awak malam-malam..saya cuma nak dengar suara
awak.lain kali baru kita berbual panjang..nite..assalamulaikum..sweet nia….
ya Tuhan..mahu pengsan
aku membaca sms terakhirnya.memang sama macam dalam novel.heronya yang
romantik.macam mimpi.sebijik macam novel-novel cinta yang pernah aku baca
sebelum ni.macam nilah perasaan yang aku rasakan sewaktu
membacanya.terbuai-buai dalam kegembiraan.mungkin ini kurniaan Tuhan setelah
apa yang aku lalui sebelum ini.harris..harris..macam berzikirlah plak aku
ni..asyik terngiang-ngiang nama itu ditelingaku dan semakin ingatanku terhadap
adam hilang.dan aku terus terlelap sambil senyuman terukir dibibirku sambil
mengengam erat handphoneku itu.
continue...