Rejection
“Nia Ardini Ismail” suara
itu dilaungkan kuat ke telingaku.Cikgu Maimon sudah berdiri dihadapan mejaku
sambil memegang rotan di tangannya.Aku tersipu-sipu malu.Tidak menyedari namaku
berkali-kali dilaungkan oleh guru kimiaku itu.Mataku dari tadi tertangkap di
tingkap kelasku memandang sesusuk tubuh yang lalu dikoridor berhampiran
kelasku.
“Awak kalau nak mengelamun,sila
keluar dari kelas ni..”Cikgu Maimon menyampaikan amarannya kepadaku.
“Maaf cikgu..”aku
tersengih-sengih sambil anak mataku
sempat menangkap lagi kearah susuk tubuh yang aku perhatikan dari tadi.Pemiliknya
menjeling sipi ke arahku yang sedang berhadapan dengan Cikgu Maimon sambil
melemparkan secebis senyuman. Arghh..merah mukaku menahan malu. Dihadapan dia
,aku dimarahi cikgu.Jatuh sahamku ini yang sememangnya saham rendah.Mesti si
dia menganggap aku pelajar yang nakal.Ya Allah,kenapa saat ini kurasukan malu
yang amat.
“Sudah Nia,sambung
kembali latihan amali.Jangan berangan dalam kelas saya.Kalau awak fail kimia
siapa yang susah, saya jugak”Cikgu Maimon melangkah kemejanya.
Aku merebahkan badan
dikerusi mencapai pen dan buku latihanku.Tanganku digagahkan untuk menjawab
soalan-soalan itu walaupun fikiranku merewang ke lain.Si dia yang baru lalu
sebentar tadi, Senyumannya..matanya…rambutnya..semua menjadi igauanku..igauan
semua gadis-gadis disekolahku.
Adam Iskandar Abdullah..nama
itu tercoret di atas helaian kerjaku.
“Nia,kau tulis apa tu..”Mila
yang duduk disebelahku menarik kertasku.Mila mengekek ketawa melihat nama itu.
“Kau pun angaukan mamat chinese
look tu.Aku ingatkan budak-budak lain jek..rupanya bestfriend aku pun sama”
“Shh..kau senyap-senyap Mila,malu
aku.Aku ni sape, hidung tak mancung,pipi pulak terserong-serong, memang mimpila
si Adam tu nak pandang aku”aku menjawab perlahan.Cuba menyedarkan diri ini supaya
berpijak di bumi realiti.
Aku merenung
diriku,dengan tudung yang senget benget,gaya yang sedikit kasar memang tidak
tersenarai dalam wishlist si Adam tu.Just aku suka tengok dia.Dia ada karisma
tersendiri.Matanya yang bulat,lain dari chinese mix yang pernah aku jumpa.Matanya
yang redup dan bercahaya,bagai memberi ketenangan sesiapa yang memandangnya.Dan
yang penting lesung pipit yang jelas terserlah setiap kali senyuman terbit
dibibirnya.Seorang yang sangat smart,tegap sesuai dengan gelaran jaguh
bolasepak sekolah.
“Mujur kau sedar diri Nia,aku
nak ingatkan kau ratu cantik kita si Azreen tu pun aim si Adam ni.Memang takde
canla kau …”Mila menambah lagi.
Siapa tidak kenal Azreen
,gadis cantik disekolahku.Memang aku tahu dia meminati adam sejak tingkatan 2
lagi.Dia dan Adam memang sepadan.Kalau ada gelaran king & queen of school
memang mereka berdua layak memegangnya.Terasa kerdil diri ini dibandingkan
dengan Azreen.Cantik,bersopan santun,pandai dan aktif bersukan.Aku..pandai okla…not
badla in study..and sukan…out…kecuali aku suka berlari..yang paling aku suka
tae-kwando..Pemilik tali pinggang hitam di sekolah ini dan menyebabkan semua
pelajar lelaki gerun untuk mendekatiku..hehe
loceng berbunyi.tanpa
memperdulikan pelajar lain,aku pantas berlari keluar dari kelas menuju ke
tempat parking basikalku.perutku ini sudah bernyanyi minta diisikan.rehat tadi
aku tinggalkan untuk menyiapkan homework biologi yang terlupa aku siapkan
semalam gara-gara menonton siaran BPL.mak mesti masak sedap tengahari ni.hari
ni mak kerja shift petang,sempat masak tengahari.kecur air liurku membayangkan
kesedapan masakan ibuku di rumah.tanganku memegang pedal basikalku,baru kaki
ini hendak membuat kayuhan pertama,aku terdengar suaraku diseru seseorang.seseorang
yang aku tidak sangka akan memanggil namaku ini
“awak nia ardini
kan..”suara itu menegurku.gulp…aku menelan air liur.dadaku
berdebar-debar.jantungku berdegup kencang macam berlari marathon 1000km.kakiku
menggeletar.senyuman terukir dibibir pemilik suara itu menyebabkan aku rasa
hendak jatuh terjelupuk disitu.Ya Allah,bermimpikah diriku ini.
“ya saya”pendek jawapan
dariku.
“adam iskandar..”dia
memperkenalkan dirinya.ya lelaki idaman malaya ini betul-betul berdiri
didepanku.
“ada apa awak cari
saya”soalan bodoh ini terpacul dari bibirku ini.
hishh..mulut.nampak macam
dia yang terhegeh-hegeh mencariku sedangkan aku memang mengharapkan dia
menegurku dahulu.like a dream..waaaa……merah padam mukaku tiba-tiba
“are you free, this
weekend.i mean this Sunday..”lancar sahaja adam menuturkan katanya.matanya
redup memandangku.
aku pelik.dia..adam..ajak
aku..nia selebet keluar..so fishy….macam ada udang disebalik mee bandung muar…
“me..why me..awak nak
ajak saya keluar”aku menyatakan kehairanan.dia membuntangkan matanya.mulutnya
bagai menahan ketawa
“yup you,kenapa saya tak
layak keluar dengan awak”dia menuturkan soalan lagi
“nope..saya yang tak
layak keluar dengan awak.awak ..saya..macam langit..dengan bumi tau…”
‘so why not,sesekali
langit nak berkenalan dengan bumi apa salahnya kan..”simple jawapannya dan
menyebabkan hatiku makin berdebar-debar.dia mendang ke arahku dengan wajah yang
merayu.agak fishy dengan pelawaanya.tapi apa salahnya aku keluar.bukan nak buat
apa-apa.mungkin he need something,atau mungkin dia nak aku siapkan homework
dia.keluar jek nia,dengan adam.macam menang hadiah utama pertandingan
tau.kurang-kurang ade jugak kenangan kau keluar dating dengan dia.
“saya ok jek..pukul
berapa..nak jumpa kat mana..”aku membalas dengan nada mendatar.cuba menyembunyikan
perasaan excited aku.malu kalau dia tahu perkara yang sebenar.jatuh lagi saham
aku
“Sunday, 10 am, I’ll pick
you at home..nak keluar kena minta izin parents you kan..”
aku tersentak.gentleman
betul lelaki yang bernama adam iskandar ini.siap nak minta izin mak abah aku
lagi.aku baru plan nak kelentong mak abah,dia siap nak jumpa lagi.macam nak
masuk minang pulak
“ok..deal..”
“I’ll wait for
you..”balas adam sambil berlalu pergi.tangan yang memegang handle basikalku
terasa berat sekali.kakiku masih lagi menggigil.tak tahu macam mana aku nak
balik hari ni,terlalu excited sampikan nak kayuh basikal pun kaku.
“nia..”mila menjerit dari
kejauhan.sambil terbeliak matanya
“dia borak dengan kau
nia.dia nak apa”
“wahahaha…secret…”aku
tersenyum kembang kempis.
“nia..dengan bff pun kau
nak secret ke”mila memujukku.dia memuncungkan bibirnya tanda protes
“he’s asking me
out,Sunday”
“waaa….bestnye..”mila
menjerit dan kami sama-sama melompat tanpa memperdulikan mata-mata yang
memandang.
ahad itu aku rasakan agak
lama penantiannya.sampai di hari hari yang dinantikan.seperti rutin
harianku,pukul 5.00 pagi aku sudah terjaga,menyiapkan homework,menolong mak
menyiapkan tugasan rumah sementara menunggu solat subuh.aku suka bangun di awal
pagi walaupun pada hari cuti sekolah.terasa syahdu bangun di awal pagi.terasa
tenang,segarnya diri ini.menghadap ke tingkap dihadapan meja study sewaktu
matahari mula terbit.pagi hari lagi jantungku berdebar-debar.dari malam aku
menerima sms dari mila cuba bertanyakan keadaan diriku menjelang date time aku
dengan adam.adam pula menghantar sms semalam memastikan aku bersedia untuk
keluar dengannya esok.aku merenung ke arah jam .9.00 pagi masih ada sejam
sebelum adam datang menjemput.dia datang dengan apa,jalan kaki..ok gak…naik
motor..ee..mintak simpang..takkan aku bonceng dengan dia
titt..bunyi sms masuk
get ready,it almost 10 am..i’m coming to pick u…
ringkas sms yang aku
terima dari adam.hatiku makin berdebar-debar.aku bangun menuju ke arah almari
.memikirkan pakaian yang aku hendak pakai…hmm pakai baju kurung..macam tak sesuai..nak jumpa mak mertua okla….pakai
tshirt..macam biasa jek…setelah setengah jam merenung pakaian di almari itu aku
mencapai sehelai blaus plain warna pink dipadankan dengan jeans hitamku dan
dipasangkan dengan tudung berbunga kecil warna putih pink.
ok done.this is
nia..simple and steady.he should seen me as me..aku tak boleh hipokrit,kalau
dia nak berkawan dengan aku dia kena terima aku seadanya.
“angah..kawan angah dah
sampai..’kedengaran suara along memanggilku.along kakakku yang sedang baru
mendapat tawaran matrikulasi berada dirumah pada hari itu.terkekek-kekek aku
dengar suara along dan mak ketawa di bawah.mesti mengumpat aku.mesti semua
terkejut anak dara dia yang comot ini ada orang ajak dating
“ye ,nia turun..”aku
berlari menuruni tangga .dengan perlahan-lahan.risau kalau tersadung,tak sempat
keluar dating dengan adam nanti.sampai di bawah aku sedari sepasang mata sedang
memerhatikan ku.tiba-tiba mukaku merah,terasa malu dipandang begitu oleh adam.sejak
bila dia berada dalam rumah aku.mesti dah lama dia sampai.
“mak nia pergi dulu”aku
menyalami tangan mak dan along.
“jaga diri yek,jaga anak
aunty ni.dia ni memang nakal sikit”mak berpesan kepada adam.adam senyum
mengangguk.
“bukan nakal sikit,nakal
banyak”along menambah. aku menyiku along..sibuk betul dia ni.saja nak kenakan
aku.
adam tertawa kecil.aku
suka dia tertawa.dia senyum.terasa diri ini di awangan bila memandang
senyumannya.sungguh manis,memikat hati yang memandangnya.sesungguhnya dia
ibarat satu ciptaan Tuhan yang indah.mungkin gabungan genetik melayu-korea-cina
yang dibawanya menambahkan lagi ketampanannya.
dan tiba-tiba hatiku rasa
resah. is this a game.there’s something wrong here.why me..aku nia gadis
tipikal melayu yang tiada apa-apa kelebihan.mukaku tiba-tiba berubah
“is there’s something
wrong”adam menegur.mengejutkan aku dari lamunan.aku cuma tersenyum cuba
menyembunyikan kerisauan ini.Ya Allah kau lindungiku dari sebarang anasir yang
jahat dan niat jahat orang lain.
“nope..kurang sihat”aku
cuba berdalih
‘kalau tak sihat,kita
postpone.saya taknak memaksa awak..”dia memandang.inginkan kepastian.
‘takpe..saya ok.cuma
letih semalam training..”
“betul,u ok…”
“yup..kita proceed..”aku
mencapai sandalku di muka pintu.adam berjalan ke arah pagar,memandang ke arah
sebuah kereta honda civic dihadapanku.
“shall we”dia membukakan
pintu.semakin bersikap gentleman denganku dan semakin menimbulkan kerisauan
dihatiku.
aku melabuhkan punggungku
di atas leather seat itu.terasa tidak selesa berduaan dengannya sahaja.suasana
sunyi seketika.
“kereta siapa,ayah
yek”aku membuka bicara
“nope..mine..my 16th
birthday present”
terlopong mulutku
mendengar.birthday present.bapak dia ni tokey balak ke tokey minyak.ayah aku
nak beli honda city tu pun dah berapa tahun dia kumpul duit.kami anak beranak
berjimat cermat untuk membelinya.dia dapat untuk hadiah hari jadi,
“ooo..untung awak..”
“kadang-kadang
untung..but sometimes money can’t buy you happiness”mendatar suaranya
menjawab.mukanya berubah sedikit suram.seakan ada sesuatu yang
disembunyikan.setelah seketika perjalanan,dia memberhentikan kenderaan di
hadapan sebuah kedai Secret Recipe berhampiran
Oh my,tempat favorite aku
ni.dia tahu ke aku hantu secret recipe.ke dia main masuk jek ni..sabar
nia..kontrol..jangan excited sangat
sebaik dia keluar dari
tempat duduknya aku bingkas bangun dan membuka pintu.malu sekiranya dia
membukakan pintu aku lagi.tempat ini agak ramai dan menjadi tumpuan orang.rimas
pulak kalau dia terlebih gentleman.kali melangkah ke pintu dan seperti yang aku
agak dia membukakan pintu untukku.beberapa mata memandang kami sewaktu kami
melangkah ke dalam.mungkin semua sedang memandang ketampanan adam dan dalam
masa yang sama mengutukku.memang kontras kami,langsung tiada keserasian
penampilan kami berdua.
kami duduk di meja yang
agak terlindung dari pelanggan lain.dia menghulurkan menu kepadaku.
“what u want to eat”dia
bertanya.aku memandang menu.perut memang berkeroncong minta diisi,tapi kena
jaga manners nia.contol ayu nia..
“anything..saya ikut apa
awak oder “
“anything..even kalau
saya oder sup kaki katak ke”dia cuba berlawak
“yukkss..yang tu
takpe.awak makan sorang jekla..”aku menahan kegelian.membayangkan kaki katak
yang digunakan dalam eksperimen biologi dijadikan hidangan kami hari itu.adam
ketawa kecil
“u’re funny nia.awak
selalu buat saya ketawa”
“what.r’u a serious type
of person ke.what a bored.saya kalau orang terlalu serius memang saya tak boleh
la..”
adam mengangkat tangannya
memangil pelayan.
“I want 2 orange juice,2
chicken chop set and 2 chocolate indulgance please”
chocolate indulgance..my
favorite..mau jek aku menjerit dalam kedai tu.dia pun suka yang sama.oh
my..kenapa aku dengan dia ada taste yang sama
“anything lagi yg u
nak..”adam mencuit jariku.mengejutkan ku.aku menarik perlahan jariku.pertama
kali jariku disentuh oleh bukan muhrimku.
“nope”aku membalas.
perbualan kami
diteruskan.mengenai cita-cita..hobi..and he loves BPL..same club as mine..Man
City..memang satu kebetulan.aku rasakan seperti berbual dengan seorang sahabat
lama.dan adam merupakan seorang yang peramah.tidak seperti di sekolah.macam ice
king.asek membisu dan muka sentiasa serius.dia seakan-akan adam yang lain pada
pagi itu.ketika rancak perbualan kami aku terpandang ke arah meja berhampiran
kami.aku kenal kumpulan yang duduk di meja itu. atai,hisyam dan david..semuanya
bestfriend adam.memandang kusyuk ke arah kami sambil membincangkan
sesuatu.hatiku merasakan ada sesuatu yang tidak kena.adam masih rancak
perbualannya mengenai BPL tanpa menyedari aku memandang ke arah rakan-rakannya
“excuse me,I want to go
to toilet..”aku meminta diri.adam termangu,tiba-tiba aku nak ke toilet.
“ok..”
aku bangun menuju ke
toilet berhampiran dengan tempat duduk rakan-rakannya.aku tidak masuk ke toilet
sebaliknya aku menyorok berhampiran lagak seorang spy yang tidak
bertauliah.memang aku merasakan ada sesuatu di antara mereka semua.Tuhan
mungkin memberi aku instict ini supaya aku tidak terus leka.aku melihat adam
bangun setelah menyedari kelibatku tiada menuju ke arah rakan-rakannya.sambil
tersenyum dia menunjukkan isyarat tangan kepada rakan-rakannya.
“player ko adam.minah
brutal tu pun ko boleh lentokkan”atai bersuara.mukaku berbahang mendengar
perkataan itu keluar dari mulut atai.nak aku keluar dan ganyang-ganyang semua
sekali termasuk best actor si adam tu
“this is adam ok..no
woman will reject me..even miss nia ardini..so how’s our betting..’
“surrender la
adam..”david mengeluarkan 2 keping not RM50 di atas meja diikuti atai dan
hisyam.
Ya Allah..nilai aku cuma
RM300 di mata adam.hinanya aku rasakan diri aku.menjadi taruhan antara adam
dengan rakan-rakannya.aku sudah tidak dapat menahan amarah ini.ini nia,nia yang
tidak mudah diperkotak-katikkan.nia yang tidak cair dengan pujuk rayu player
seperti adam.
“en adam iskandar..”aku
bersuara tegas dibelakangnya.adam terkedu.rakan-rakannya terdiam.
“saya dah agak there’s
something fishy about u asking me out.and apa yg saya teka adalah tepat.awak
seorang yang sangat teruk.u’re worst..and for you saya dalah bernilai rm
300.awak ingat saya boleh dibeli dengan kekayaan,dengan ayat-ayat manis
awak.sorry.u’re dealing with a wrong person”
adam ternganga.tidak
sangka dengan tindakan aku.dan hatiku memang bergetar.dengan perasan
marah,benci dan sedih diperlakukan begini.eee..terasa hinanya aku.
“and this is for
you…”ringan tangan kananku hinggap dipipinya.dan buat kali yang kedua tangan
ini menyentuh bukan muhrimku dan dia adalah adam iskandar lagi.mata adam
membulat,merah menahan kemarahan.lantakla apa nak jadi,memang dia layak
dilempang.kalau kawan-kawan dia nak backup aku tak heran.aku tak takut nak
bertumbuk kat situ.anak-anak cikgu ismail pantang dicabar.
aku mencapai bag.keluar
dari secret recipe dengan perasaan kebencian terhadap seorang lelaki bernama
adam iskandar.rejection pertama dalam hidup aku dan dipermainkan oleh seorang
lelaki bernama adam iskandar.aku benci dengan nama itu
“nia..bukak pintu ni”mak
memanggil.berkali-kali mak mengetuk pintu bilik.risau dengan keadaanku.sudahlah
balik dengan keadaan basah lenjun tanpa adam menemani.terus aku berkurung dalam
bilik hingga ke tengah malam.
“angah,ada apa-apa
bagitau along.budak adam tu buat hal yek.nanti along setelkan dia”along
bersuara.along memang terkenal dengan sikap barannya itu.kalau dia tau apa
mamat tu dah buat pada adiknya ini memang lunyai dia kerjakan budak tu.
aku merebahkan diri di
atas tilam.sesudah solat maghrib,aku membaca al-quran.cuba mendekatkan diri
kepada Maha Pencipta.aku yakin ada hikmah dia menguji aku ,mungkin mengajar aku
supaya menjadi matang dalam mengenali hati budi lelaki.Ya Allah kenapa
adam,kenapa dia yang aku suka.sudah terpalit sedikit harapan di hati ini untuk
adam dan segalanya hancur.sekuat dan setabah mana nia,aku tetap seorang
perempuan.air mata menjadi penenang jiwaku di kala ini.dan malam itu buat
pertama kali air mata aku gugur kerana seoarang lelaki.adam,kalau kau tahu
deraian air mata ini kerana kau.air mata yang tidak pernah tumpah dari mataku
ini.
“Ya Allah,aku tidak kuat
untuk berhadapan dengannya..bantulah hamba-Mu ini..”esakan ku semakin
kuat.bagaimana aku nak berhadapan dengan adam.berhadapan dengan pelajar-pelajar
lain.sudah tentu ini akan menjadi hot story di sekolah nanti.nia ardini yang
perasan..nia ardini yang ditipu…dan adam..lelaki itu mungkin tidak terpalit
dihatinya untuk meminta maaf dari insan kerdil sepertiku.air mata ini mederu
laju.aku nekad dengan keputusanku.keputusan yang aku ambil supaya tidak
menggangu aku untuk menghadapi peperiksaan SPM ku nanti.biarlah mak dan abah
bising,ini keputusan aku.
“Mak”pintu bilikku
dibuka.mak terkejut memandang mataku yang sembab.dia memelukku.seakan-akan
menyesal membenarkan aku keluar dengan adam.
“Nia nak tukar sekolah..”
“habis kau nak tunggu
siapa nia.putera dari kayangan datang pinang baru kau nak kawen”bebelan wan
memecahkan khayalanku.aku tersenyum.teringat kisah cinta tak jadi dizaman
sekolahku.syukur aku berhadapan dengan insiden itu.mengajarku menjadi dewasa
dan makin tabah.dan akibat dari insiden aku berpindah ke sekolah lain dan aku
boleh menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaranku.alhamdulillah
disebaliknya Allah murahkan rezeki ku,aku mendapat 9A di dalam SPM ku.aku
ditawarkan biasiswa ke luar negara tetapi aku memilih untuk menyambung di
Malaysia.Dekat dengan keluargaku.dan yang penting aku takut terserempak dengan
dia yang aku benci itu.aku mendapat berita Adam mendapat 10A dan mendapat
biasiswa yang sama ke luar negara.biarlah dengan adam.adam is history,and life
must go on nia.
“tunggu adam
iskandar..”berlawak dengan wan.terjingkut-jingkut kakiku menahan ketawa.tak
dapat aku bayangkan kalau adam menjadi suamiku.sangat tidak sepadan,
“kau nak tunggu lagi
jantan keparat tu”terdengar suara along yang entah dari mana munculnya.along
memang anti betul dengan nama adam iskandar semenjak kes itu.aku mengambil
sarah dari dukungan along.sikecil itu ku agah-agah ketawa riang.along
memandangku lagi
“dah-dahla nia
teringatkan dia.ntah-ntah dia dah kawen,dah bahagia dengan anak bini dia,kau tu
melopong membujang sampai ke tua”
“siapa kata nia nak kawen
dengan dia,mintak simpang..ee tak pasal-pasal hari-hari kena backhand dengan
nia”aku menggeleng kepala.not adam.aku masih menyimpan dendam padanya.tak
pasal-pasal malam pertama aku belasah dia nanti.
“abistu yang kau sebuat
nama dia kenapa.rindu..”along cuba meneka
“saja..tiba-tiba teringat
kisah cinta tak jadi..”
pecah deraian ketawa di
dapur.wan pelik.entah anak sapa si adam iskandar tu.tapi kalau jadi cucu
menantunya elok jugak.ada teman si nia ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan