BAB 1
“Bila nak kawin Nia
oii,kau tu makin tua,makin berkedut..nanti lama-lama dah kerepot anak dara tua
la kau tu” Wan meneruskan bebelannya.Buat kesekelian kalinya bebelan yang sama
didengari setiap kali kaki ini
menjejakkan kaki ke kampung.
“Alah Wan, buat apa nak
kawen.Kalau laki sekarang ni tak berkualiti,tak romantik,pemalas..baik Nia
sorang-sorang.senang tak sakit hati..tak jadi isteri nusyuz..hari-hari nak
bertekak dengan suami..kutuk-kutuk suami..” aku membalas.Ibarat mencurah minyak
ke api yang sedang marak, Wan menjengilkan matanya kearahku.Bebelan terus
disambung sambil tangannya tangkas menyediakan juadah di dapur.Aku yang dari
tadi menyiang ikan cuma membatukan diri.Ringan mulut ini ingin membalas. Memikirkan
diri ini cucu mithali, aku diam membisu.Dibiarkan Wan membebelinya.Biarlah asal
Wan bahagia..hehehe…
Nia ardini binti Ismail.Nia
nama gelaran aku.Anak kedua dari empat adik beradik.Ayah merupakan seorang guru
besar di sebuah sekolah di Pahang,ibuku pula seorang jururawat di sebuah hospital
kerajaan.Umurku 26 tahun, menamatkan pengajian di sebuah universiti tempatan
dalam bidang computer networking and
security.Menyandang jawatan sebagai seorang network engineer membataskan
kehidupan sosialku kini.Sepanjang masa aku habiskan dihadapan komputer dan
server. Hujung mingguku kerap kali dihabiskan dengan overtime atau diluangkan
bersama dengan bff ku Mila.Dihitung,dikira dan diukur dengan jari memang
langsung tiada masa untuk mencari pasangan hidup.Atau dipendekkan lagi aku
memang tak pernah terfikir mencari pasangan hidup.Aku enjoy dengan hidupku
sekarang, tidak terikat dengan sebarang komitmen dan bebas untuk membuat
keputusanku sendiri.dan satu perkara lagi yang menyebabkan aku tawar hati untuk
mencari teman lelaki kerana aku pernah menerima “rejection” diulangi
“rejection” dari lelaki yang aku pernah minati.Aku sedar diri aku ini, tidak
terlalu cantik seperti heroin-heroin filem korea yang menjadi kegilaan jejaka
di luar sana.Aku adalah Nia, seorang yang simple,penampilan ku serdahana,bukan seorang
fashionista,bukan seorang hijabista,tubuhku tidak tinggi lampai dan langsing ..tubuhku
serdahana,tidak terlalu kurus,tidak terlalu gemuk.Aku tidak gemar bermake-up.Memang
kepantanganku muka ini dicalitkan make-up yang terlampau.Cukuplah dioleskan sedikit
lip gloss dan bedak compact.Aku cuma bersyukur kerana dikurniakan rupa paras
yang biasa dan kulit cerah yang sedikit kemerahan.Rupaku tidak akan mengudang
siulan nakal jejaka di luar sana, dan ini menyebabkan aku rasa selamat ketika
keluar bersendirian.Dan ini antara faktor menyebabkan aku sentiasa direject
oleh jejaka itu.Dan faktor utama pintu hatiku ini tertutup untuk menerima
lelaki lain adalah disebabkan dia..dia yang menjadi kerinduan aku disetiap
hembusan nafasku…
to be continue....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan