Selasa, 19 Februari 2013

Diari Cinta Si Comot Bab 2

P.s: sila abaikan penggunaan small & big caps....



Bab 2

aku memandang ke arah skrin server.adui,pening kepalaku.client account cannot access pulak,LDAP problem pulak.jenuh aku membuat troubleshooting di client site dari pagi lagi.tergaru-garu kepalaku memikirkan masalah ku ini.
“nia lunch break dulula “ mr wong supervisorku mengajak.aku cuma mengangguk sambil tanganku pantas menaip sesuatu di skrin.mr wong keluar,aku masih membatu di dalam bilik server itu.memang perangaiku begitu,selagi belum siap tugasan yang diberikan aku takkan berganjak mahupun untuk berhenti rehat.
“nia,I bought u subway..”ika colleagueku masuk sambil membawa sandwich subway.ika memang sedia maklum dengan perangaiku itu.sampaikan dia terikut-rikut dengan ku.aku mencapai dan mengunyah sambil meneruskan proses troubleshoot ini.sebaik sahaja subway mencecah bibirku..tiba-tiba aku tersenyum..sandwich subway…oh God…

The Sad Love Story….

aku membelek helaian demi helaian buku.suasana bising di kafe tidak menggangu aku untuk meneruskan revision di situ.sambil mengunyah sandwich tanganku pantas mencatat nota di buku kecilku.ya Allah sekejap lagi final network security dan aku tak sempat habis revision lagi.mila yang dahulu aku tinggalkan semenjak berpindah sekolah telah aku temui semula di kampus ini.we’re really a devoted bff.dan dari mila aku tahu adam dah ke ireland,further study di sana.alhamdulillah rezeki dia.dan for sure dia akan jumpa minah saleh yang hot yang sesuai untuk jadi partnernya.mila yang sedang menyambung pelajaran di dalam chemical engineering.kami berlainan fakulti tapi alhamduliilah kami dapat memohon untuk duduk dibilik yang sama.
“nia ko dah study chapter 5 tak”sesusuk tubuh yang aku kenali melabuhkan punggungnya di hadapan ku.aku mengangguk
“good,kau brief kat aku..please”suara itu merayu.
aaaa…kacau daun la mamat ni.aku baru nak revise last chapter dia dah terpacak mintak tolong.tu lah sibuk dating,time nak belajar carik aku.
ilham,bf si mila tersengih-sengih dihadapanku.mujur ko balak bff aku,kalau tak aku tak layan
“hah sini..chapter 5 pasal…..”aku meneruskan penerangan kepada ilham sambil tekun dia mendengar.aku kemudian berasa tidak selesa.seawal aku duduk di kafe aku terasa diri ini diperhatikan.aku yakin mata itu memandang tepat ke arahku dan ilham.dan sewaktu ilham duduk dimejaku,aku perhatikan mata itu seakan-akan tidak menyukainya.wth..suka hati aku la nak duduk dengan sape-sape pun
“dah..ko paham tak.lain kali dating bawak aku sekali,boleh aku ajar ko terus..”sedas aku menembak si ilham.merah mukanya malu.
‘ko la sahabat aku dunia akhirat nia…”
“time ni la ko nak mengaku aku sahabat yek…”aku mencebikkan bibir.pura-pura merajuk dengan ilham.
uwekk..geli aku nak merajuk dengan boyfriend orang.buang masa aku jek.dan tatkala itu aku dapat merasakan mata itu tidak merenungku lagi.kedengaran kerusi ditolak kuat dari meja berhampiran dan kelihatan sesusuk tubuh bangun dengan keadaan tergesa-gesa.
“woo..pehal mamat tu.macam hot dengan aku jek..”aku bersuara .memandang ilham sekiranya dia mengenali pemilik mata itu.
“harris,budak fakulti aero tu.itu budak blok aku tu.ntah..ko ada carik pasal dengan dia ke..”
aku jungkit bahu.bila masa aku kenal dia entah.dengan budak aero lagi memang lari bidang la.tak pernah pulak aku bergaduh sepanjang aku di kampus ini.mamat ni datang bulan kot.muka dia pun aku tak sempat nak telek tadi.entah-entah jongos ke..hehe memilih jugak aku ni,cik nia sedar diri anda sedikit.kalau ada laki nakkan kau pun dah boleh buat sujud syukur dah.
“dah,enough pasal budak tu.aku ajar ko takde habuan ke.ko bagila sandwich subway ke..’aku tersengih kepada ilham meminta upahku.
‘yerla nanti aku kirim kat mila.ko tak abis-abis dengan sandwich.ko diet yek..”
“suka hati aku la..nak diet ke..nak gemuk ke….”
memang tengah diet pun.lepas spm kerja aku makan tidur makan tidur sampaikan berat badan aku naik.sekarang it’s time to reduce weight.nanti karang dahlah tembam,tak cantik,harap kulit jek putih.market takde tu.
“subway aku tau..”
“baik bos”ilham mengangkat tangannya.aku sengih lagi.save budget dinner aku malam ni.



pagi itu sewaktu ke kampus aku ditahan oleh seorang junior fakultiku.
“kak nia,ada barang untuk akak”juniorku menghulurkan beg plastik itu kepadaku.aku mengambilnya.
pelik,ntah-ntah ada orang nak mandrem aku ke.seriau aku memikirkannya.aku membuka beg plastik itu cuba melihat isi kandungannya.sandwich subway kegemaran aku.senyuman terbit dibibirku tapi siapa yang bagi.hmm..nak makan takut pulak.dan aku terjumpa sekeping nota terselit di dalam beg plastik itu

buat cik nia yang comel

sandwich subway kegemaran awak

ikhlas

harris

harris..budak aero yang pelik tu ke..ee..dia tu stalker ke..ngerinya…kalau aku buang karang kesian pulak kat dia.takpe aku bagi mila,takpun si ilham tu makan.risau woo,ade dia letak minyak guna-guna ke kat dalam tu naya aku.
 

aku duduk di meja pasangan 2 sejoli itu.sengaja menyelit mengacau mila dan ilham dating.mila menjengilkan matanya tanda protes.aku menayangkan beg plastik itu dihadapan mereka
“mine..from someone..” sengaja aku kuatkan perkataan someone.
hehe,kene tunjuk aku masih ada market lagi walaupun sering digelar nia budak comot oleh pasangan soulmate ini.mila kehairanan,sejak bila bffnya mempunyai secret admirer.tak sangka pulak ada lelaki berkenan dengan minah selebet yang malas menjaga diri ini.wah,ini permulaan yang baik untuk nia lupakan adam.
“harris ke?”ilham meneka tepat.mukaku tiba-tiba bertukar merah.macam mana ilham tahu.ilham sudah tersengih-sengih macam kerang busuk.
“dia tanya aku ko suka makan subway ke.hari-hari dia tengok ko melantak subway tu.”ilham meneruskan ceritanya.
oo patutla bagi subway.stalker tu dah korek baik punya dari si ilham ni,pandai pulak dia mendapatkan maklumat.direct dari boyfriend bff aku.eee..tak boleh jadi ni.entah-entah stalker ni hari-hari menghendap aku.entah-entah dia tau spender aku kaler ape…nia tiba-tiba mengigil.takut pulak kalau si harris ni extreme orangnya.mane tahu satu hari dia buat benda yang tak elok padanya.
“dia tu stalker ke..takut la aku…macam mamat psycho jek..ee mintak simpang…”
“cik nia,don’t judge someone before u meet them.tak baik tau.entah-entah si harris tu baik orangnya,he just want to be friend with u..”tiba-tiba mila menyebelahi mamat yang tidak diketahui asal usulnya itu.
“mila..friend with me yang paling aku tak terima tau.me..ok.aku ni kalau diberi pilihan lain,better dia pilih orang tu.korang tengok aku,ade ciri-ciri wanita pilihan ke…”
memang pelik kalau si harris tu admire aku.entah apa yang dia nampak pada aku pun aku tak tahu.semenjak dari insiden adam,mana ada pernah lelaki yang mengajak aku keluar,yang ingin berkenalan dengan aku.sehingga ke tahun ke 3  aku di kampus ini tiba-tiba hadir lelaki bernama harris pula.sungguh memelikkan.
“but cute…”serentak pasangan itu menjawab serentak dan mereka ketawa bersama-sama.alahai time ni pulak nak beramah mesra couple ni.
aku sukakan mereka bersama.mila dan ilham sama cantik dan padan.ilham seorang yang sangat penyabar.untuk memiliki mila,dia melayan karenah mila yang sangat menduganya di awal pertemuan.di pukul 3.00 pagi sanggup dia bersusah payah ke mc d untuk memebelikan mila mcflurry.sanggup menghantar mila pulang ke rumahnya bila tiket bas habis.dan paling aku kagum dia sanggup bersekang mata menjaga mila di hospital sewaktu mila dimasukkan ke wad akibat keracunan makanan.itulah bukti cinta sejati seorang lelaki.bukan kerana cinta yang berlandaskan nafsu semata-mata.aku ingat lagi mila pernah bercerita bagaimana dia menguji ilham cuba menggoda ilham untuk berbuat sesuatu yang tidak elok.ilham memarahinya dan mengugut untuk meninggalkannya sekiranya mila berkelakuan begitu lagi.alhamdulillah ilham lelaki yang baik.bagi ilham perempuan yang layak disentuhi hanyalah isterinya yang sah.dan dia cuma menunggu masa yang sesuai untuk menjadikan mila sebegai surinya yang sah.so sweet aku mendengar kisah cinta mereka berdua.terbuai-buai dalam angan-angan sendiri untuk satu hari aku memiliki pasangan seperti itu.biarlah tidak setampan si adam iskandar cukuplah dengan pekerti yang baik dan yang paling penting menghormati pasangannya.macam mak dengan abah.saling melengkapi antara satu sama lain.menjadi pendinding ketika dilanda badai,dan menjadi penyeri dikala bahagia.
 “lelaki sama jek.mesti dia ada plan nak kenakan aku.sama macam si adam lahanat tu….’aku bersuara
“nia..”mila meninggikan suara apabila aku mengeluarkan gelaran yang tidak elok kepada adam
‘even u hate him,jangan menyumpahnya macam tu.kalau dia dah takde,sempat ke kau nak jumpa dia mintak maaf” mila mengingatkan aku.supaya tidak terus hanyut dengan kebencian yang membuak-buak terhadap adam.supaya aku tidak terus menambahkan dosaku pada adam kerana sering menyumpahnya.
aku cuba mengeraskan hatiku pada adam.mengeluarkan kata-kata kesat pada lelaki itu supaya hati aku terus melupakannya.aku mahu tiada nama adam lagi tersemat di fikiran aku.
“who’s adam..am I missing something’ilham bersuara memecahkan kesunyian di antara kami bertiga.mengejutkan  aku dari khayalan terhadap lelaki itu
“nothing..he’s history” aku menjawab ringkas.mila cuma menggelengkan kepala menegah ilham dari terus bertanyakan soalan itu kepadaku.tidak mahu luka lama itu berdarah kembali
guruh berbunyi di sebalik awan yang menghitam semulai tadi.serentak titis-titis hujan mula turun membasahi lantai kafe.kami berlari mencari tempat berbumbung menyelamatkan diri dari kebasahan.hujan ini bagai mengerti perasaanku ketika ini.hujan ini ibarat air mataku yang ingin mengalir deras saat dan tika ini.bagaikan ada perancangan Tuhan untuk semua ini.hatiku sering bertanya kenapa Tuhan tidak memadamkan ingatan ku terhadap adam.makin aku semat perasaan benci kepadanya makin Tuhan menguatkan lagi ingatanku terhadap lelaki itu.kenapa duhai hati,janganlah bersedih.insyaAllah ada cahaya buatmu nanti…
“off to go..’aku bangun.walaupun hujan aku tetap nekad ke mph.mencari koleksi bahan bacaan untukku sepanjang hujung minggu ni.
‘where”mila bertanya.
“biasela..mph.nak ikut…nopela..tak boleh bercinta dalam kedai buku..tak romantik…”aku memerli pasangan itu.mila mencebikkan bibirnya marah dengan statement berani mati aku itu.
“hujan ni ko naik ape nia?”ilham bertanya menunjukkan kerisauannya sambil matanya memandang ke arah titisan hujan yang masih membasahi kampus ini
“naik skuter aku la,takkan nak naik lori pulak”
“kau ni basahlah nanti.kau bawak kereta aku la.aku balik dengan ilham nanti” mila menawarkan keretanya kepadaku.aku menggeleng.tidak mahu menyusahkan orang lain untuk urusan peribadaku.cukupla dengan skuter purple kesayanganku.kalau hujan,aku pakai baju hujan.kalau takpun aku redah jekla…hehe
“nia..”mila menjerit ke arahku yang memanjangkan langkah keluar dari kafeteria itu.titisan hujan semakin mereda.cuma titisan-titisan kecil masih membasahiku.langit mula kelihatan cerah.alhamdulillah,rezeki ku hujan makin reda.semoga hujan ini membawa pergi lara di hatiku ini ya Tuhan….



aku merapatkan diriku di deretan buku-buku motivasi.mencari sedikit ketenangan dengan membaca buku-buku motivasi ini sambil menyerapkan self-esteem ku.sebuah demi sebuah buku dibelek,memandang covernya dan mataku kusyuk membaca setiap bait ringkasannya.aku mencapai sebuah buku yang aku rasakan topik yang cukup menarik untuk menjadi bahan bacaan ku nanti.dari rak motivasi aku beralih ke arah deretan novel-novel tempatan.mila selalu cakap,orang yang suka baca novel cinta hatinya halus.jiwanya dambakan kasih seperti yang tertulis dalam erti kata lain kuat berangan.yeah..you’re right honey.memang bffmu ini kuat berangan.mengharapkan akan ada hero-hero seperti di dalam novel-novel itu hadir dalam hidupnya.hehe what a crap nia…daydreaming betul.sebab susah nak dapatla aku kena berangan.cinta novel tu cinta luar biasa.tidak sesuai untuk orang-orang biasa seperti aku ni.
aku mencapai beberapa novel,membaca sinopsisnya dan tersenyum kecil.setiap heronya digambarkan seperti seseorang itu.kelakar..pada fikiranku.kenapa hero mesti berlagak seperti ice king..muka yang handsome..dan ego yang tinggi…sebab itulah lelaki yang menjadi pujaan wanita-wanita di luar sana.sama seperti kau nia…kau..adam….dah-dah nia…no adam…
dan akhir sekali aku menuju ke arah rak yang memang tidak akan diduga oleh semua orang.rak yang menjadi pilihan utamaku setiap kali aku datang kekedai buku.rak buku-buku masakan.aku mencapai buku panduan menghias kek.hobiku dari kecil lagi.aku suka membantu maksu membuat tempahan kek untuk majlis.kek majlis harijadi,pertunangan,perkahwinan dan anniversary.maksu memang berbakat dalam membuat dessert,kek dan pastry.kepandaiannya diwarisi daripada wan yang memang merupakan pakar memasak di kampung.maksu sanggup menghabiskan wang dan masa untuk menghadiri bengkel-bengkel seni membuat kek dan menghiasnya.dan kepandaian itu digunakan untuk membuat bisnes sampingan di rumah.sehingga sekarang maksu yang baru sahaja meletakkan jawatan sebagai seorang akauntan mengambil upah membuat kek dan pastry.pendapatan dari itu cukup untuk membantu suaminya untuk perbelanjaan keluarga dan untuk perbelanjaan dirinya.dia sanggup meninggalkan pekerjaan glamour itu untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.seronok katanya.tidak terikat dengan arahan dan peraturan.banyak masa diluangkan untuk suami dan anak-anak.maksu bertuah, paksu halim seorang yang penyayang dan pandai menguruskan keluarga.kalau aku, aku sanggup tinggalkan kerja untuk suami seperti itu.
aku tersenyum memandang setiap hiasan kek yang terpapar  di ilustrasi buku itu.nampak unik dan menyelerakan.alangkah bagusnya jika aku mempunyai kepandaian untuk membuat dekorasi seperti itu.sepatutnya aku harus bertukar course,bukannya ke arah computer networking tetapi masakan.
“itu nampak menarik..”satu suara tiba-tiba terkeluar dari empunya badan yang berdiri disebelahku.aku mengalihkan pandangan kearah nya.sesusuk tubuh yang macam pernah aku lihat sebelum ini.tinggi orangnya.smart dan yang paling menarik senyuman yang terukir di bibirnya.sangat sweet..lesung pipit itu sama seperti adam.
“kalau awak pandai buat macam yang ni,bolehla saya tempah dari awak jek” dia menambah lagi.memandang ke arah diriku yang terlopong dari tadi.tangannya pantas mengambil buku itu dariku.
ya Allah malunya,besar sungguh mulutku terlopong tadi.aku cepat-cepat menutup mulutku.kontrol ayu habis.jaga saham kau nia.
“tak pandai”aku jawab ringkas sambil tersengih-sengih malu.aku mencapai buku itu ditangannya dan terus menuju ke arah kaunter.malunya yang amat ditegur oleh lelaki yang tidak dikenali.lelaki itu tetap mengekori langkahku.aku berhentikan langkah,pura-pura membelek majalah di rak majalah.dia pun memberhentikan langkahnya.dia ni stalker tu ke..dari perasaan malu bertukar kepada kerisauan yang amat.dia ke  harris yang dimaksudkan ilham tadi.oh no, dia mengekori aku ke.ya Allah lindungilah hamba-Mu ini dari sebarang anasir yang buruk.
aku meletakkan buku-buku di kaunter.tanganku pantas menggagau begku mencari walletku.
la…waktu-waktu ni pulak aku tak jumpa wallet sambil mataku melilau memandang sekeliling takut stalker tu mengekori aku lagi.
“semuanya rm56.80 kak”adik manis cashier itu menegurku.aku mengagau lagi mencari walletku.
memang tiada di dalam beg.aku cuba mengingati di mana kali terakhir aku mengeluarkannya. ya Allah di kafe..dengan budak berdua.wallet atas meja..tertinggal.patutlah mila terjerit-jerit panggil aku.tapi kenapa mila tak call aku.aku mengeluarkan handphoneku.sekali lagi aku menepuk dahi.bateri kong rupanya.memang langkah kiri aku hari ni.dahlah tertinggal wallet,bateri phone habis dan paling teruk berjumpa dengan stalker tu
“kak nak beli tak..”adik cashier menegurku lagi setelah sekian lama aku berdiri di kaunter.kelihatan ada 2,3 pelanggan lagi menunggu giliran..terpaksa aku batalkan pembelian.mana ada duit nak membayar
“dik..akak..”belum sempat aku menghabiskan ayatku sesusuk tangan menghulurkan 2 keping helaian not RM50 kepada adik cashier.
“I’ll pay for her,she’s my friend”dia membalas.adik cashier itu tersenyum kecil memandang ke arah lelaki itu yang sedang membayarkan buku aku.dia mengenyitkan mata nakal kepada adik cashier itu dan tersipu-sipu adik cashier itu memulangkan baki wangnya.
gatalnya mamat stalker ni.baik aku blah cepat sebelum dia apa-apakan aku.aku mengambil plastik dari tangan adik cashier tersebut
“kak boyfriend yek.handsome kak..”sempat lagi adik cashier tu kenakan aku.aku menggelengkan kepala.
boyfriend,nama penuh dia pun aku tak tahu.mujur adik cashier ni memang dah biasa dengan aku yang merupakan pelanggan tetap kedainya.kalau tak mahu jek aku sound sedas dua pada adik cashier tu.
“awak,thank you yek,nanti saya bayarkan duit.saya tertinggal wallet.”aku menerangkan keadaan yang sebenar.lelaki itu hanya tersenyum memandangku
“it’s ok.saya belanja..”pendek jawapannya.
belanja..kalau aku tahu nak belanja aku borong satu mph tu.tak cakap awal-awal
“ishh..seganla saya.kenal awak pun tidak..”
“kalau macam tu kita berkenalan la..saya mohd harris mohd khalili…final year aero…”dia memperkenalkan dirinya sambil menghulurkan tangannya.aku janggal.tidak pernah aku bersalaman dengan lelaki yang bukan muhrimku.tidak disambut salam itu takut di anggap aku jual mahal dan sombong.aku membatu,tidak tahu akan tindakan yang perlu aku lakukan.dia menyedarinya menarik tangannya kembali
“opss…sorry..”dia yang meminta maaf dariku.senyuman itu terbit lagi dibibirnya tanda dia tidak ambil hati dengan tindakan ku itu.aku lega.
aku semakin ralit melihat senyumannya.senyuman yang mirip dengan seseorang yang sangat aku rindu.dia dan adam, tidak sama tetapi memiliki senyuman yang serupa.senyuman yang menggetarkan hati ku ini.
“and I’m not a stalker ok.i’m just drop by here.mencari buku untuk my thesis then terserempak dengan awak,cuba untuk menegur.awak melarikan diri mungkin sebab memikirkan saya nak buat sesuatu…”dia cuba meneka apa yang bermain difikiranku tadi
“arghh..yess..no…”apa aku merepek ni.kantoi pulak aku mengaku yang aku anggap dia seorang stalker yang gatal
“bukan itu maksud saya,saya cuak,saya tak kenal awak.awak tiba-tiba tegur saya.macam dah lama kenal.kalau awak jadi saya,seorang perempuan takut tak kalau orang yang tak dikenali merapati dan menegur awak..”aku menerangkan dengan panjang lebar
“yes..memang saya risau.but don’t worry.i won’t harm any women.especially you..”alunan suaranya tiba-tiba berubah bila menyebut especially you.lembut dan romantik.tergugat keimanan aku.
“dapat subway awak…”dia bertanya.aku mengangguk.
“mana awak tahu saya suka subway..and my name..and my fac..”aku cuba mengorek darinya.dia tertawa kecil melihat lagakku seakan-akan seoarang polis menyoal seorang pesalah.kami terus berjalan beriringan keluar dari mph sambil diperhatikan oleh adik cashier itu dan rakannya di kaunter.aku sempat menjeling ke arah adik cashier itu yang menunjukkan ibu jarinya kepadaku…cess..budak tu sempat lagi.harris yang menyedarinya berpaling ke arah aku sambil tertawa kecil lagi.perangainya sama dengan adam.dia macam adam versi melayu jati.
“cik nia,dunia ni kecil.dalam kampus saya boleh jumpa awak,takkan saya tak boleh dapatkan nama awak.ilham,dia satu blok dengan saya.one of my junior buddy.just ask him..and all in my hand”dia memetik jarinya.
aku hanya menjuihkan bibir.macam hebat sangatla tu.kau belum kenal nia yang sebenarnya lagi.kalau kau kenal,menyesal tak sudah.
“shall we” dia membukakan pintu kafe starbucks berhampiran mengajak aku untuk minum bersamanya.segala kenangan waktu insiden bersama adam tiba-tiba bermain semula.sama seperti adam.lagak gentlemannya.
aku terhenti di depan pintu.kerisauan insiden yang sama akan berulang kembali.risau jika harris ingin mempermainkanku sama seperti adam.he’s so not into you nia.macam adam.kau dengan dia macam langit dengan bumi ok.mesti ada sesuatu yang tak kena.
“takpe..tq..saya ada hal.”aku menolak perlawaanya.aku mengalihkan langkahku ke arah pintu keluar berhampiran.harris segera menghalang langkahku
“kenapa,tak sudi minum dengan saya..”dia meminta kepastian di atas tolakanku tadi
“sorry,saya ada hal.lain kali yek.duit awak nanti saya kirim dekat ilham ok…”aku cuba berdalih.ingin melarikan diri darinya.dia masih membatu dihadapanku
“u’r phone number please’dia meminta nomborku.aku membulatkan mata.details aku yang lain dia boleh dapat takkan nombor phone tak boleh.pelik
“ilham tak bagi tanpa kebenaran awak”dia menjelaskan kepadaku yang memandangnya kehairanan.beberapa pengunjung yang lalu disitu memandang ke arah kami sambil berbisik.baru kusedari lagak kami seakan-akan pasangan kekasih yang sedang bergaduh di hadapan pintu itu.
“0183334455..”pantas aku memberikan nomborku dengan harapan cepatlah dia lepaskan aku.rimas dengan pandangan orang yang lalu lalang disekeliling kami
jarinya pantas menaipkan nomborku ke dalam phonenya.dia tersengih
“thanks..i’ll give u a call..”dia berjalan ke dalam.meninggalkan aku yang termanggu-manggu disitu.
give u a call..yerlah tu.ayat mengayat.entah-entah haram nak call aku.saja nak test marketlah tu..aku pun menolak daun pintu keluar dari mall tersebut.aku memandang ke atas melihat matahari yang tiba-tiba menyinari langit seakan-akan langsung tiada hujan sebentar tadi.hmm..adakah ini petanda..permulaan yang baru untukku.permulaan yang baik..atau permulaan yang akan mengecewakan aku lagi.enough nia,jangan terlalu berharap pada yang tidak pasti.
 


teet..bunyi sms masuk.aku mencapai handphoneku.siapa pulak yang sms tengahari buta ni.dalam kebisingan di kafeteria itu mataku memandang sekeliling takut-takut si stalker tu ada berdekatan.lega..tidak nampak bayangnya.sudah 3 hari selepas perjumpaan tidak rasmi itu dan aku masih tidak menerima sebarang panggilan darinya.nampak sangat player.mujur aku tak terjerat haritu.mujur akalku masih boleh berfikir lagi.

u look sweet today..u’r pink shirt..very cute…

siapa pulak ni.nombor yang tidak dikenali.ada stalker baru ke.kenapalah aku yang selebet ni asek jadi sasaran stalker jek.

teet..bunyi sms kedua masuk

upstairs..infront of that photocopy shop…

aku memandang ke arah tingkat 2 kafeteria yang tersusun deretan-deretan kedai.mataku bertumpu ke arah kedai fotostat yang berada di penjuru tingkat itu.kelihatan harris dan seorang rakannya berdiri di hadapan sambil memandang ke arah mejaku.harris mengangkat tanggannya ke arahku.
oh god..berdebar-debar hati aku ni..kenapa pulak aku gabra ni..jangan nervous nia be cool…
“OMG nia..who’s that guy…sanggup kau berahsia dengan aku nia..”mila menurunkan majalah yang sedang dibacanya sambil memandang ke arah harris.harris mengangkat tangan ke arah mila pula.

teet..sms ke 3 masuk

say hi to u’r sweet friend there…

gatalnya mamat ni.memang ayat baik punya.kau ingat aku cepat cair.sorry wrong girl ok.
“he say hi, to u..a sweet girl”
mila ketawa terbahak-bahak.dia kemudian  memandang harris lagi dan memandangku dengan muka yang begitu excited
“nia,dia tu not badla…nampak macam charming jek..”
uweekk..nak termuntah aku dengar perkataan itu dari mulut mila.kalau ilham dengar mau merajuk 40 tahun dengan mila tu.memangla charming,player katekan.nak test market mengorat budak-budak junior.sah-sah betting dengan kawan-kawan dia tu
“kau nak sangat amiklah…itula si harris..stalker gatal tu..”aku menjawab marah.bosan dengan permainan si harris.
“harris..mamat subway tu.wah nia..barang baik punya…”
ketawaku pecah mendengar komen mila.dari marah aku merasakan lucu mendengar mila mengatakan harris barang baik.lain pulak fikiran aku ketika itu..ya Allah..jangan fikir benda-benda kotor.
aku memandang harris.memang dia not bad,tapi aku yang bad.tak sesuai ok,dia smart ada gaya.aku nia selebet dengan cardigan dan tshirt.paling anggun aku bergaya pun pakai blaus dan slack.tudung pun aku pakai tudung bawal biasa jek.takde nak bershawl macam trend sekarang pun.mana yang sempat aku tibai jek.
“he’s coming here”mila berbisik ke arahku.
“what..”aku menjerit.tak sempat melarikan diri dari meja itu.susuk tubuh itu sudah berada di kerusi sebelahku.dia meletakkan sesuatu dihadapanku
“u’r subway..”
tertelan air liurku memandang sandwich di hadapanku.right on time.tatkala perut aku mendayu-dayu minta diisi.dia memang sentiasa datang tepat masanya.seakan-akan utusan untuk menyelamatkan aku.
“u’r mila right.gf ilham kan..”dia menegur mila
“yup..senior ilham ke?”
“senior kolej,satu blok.”dia menjawab ringkas.
matanya memandang kearah subway yang tidak terusik lagi.aku menahan diri dari mengambil subway.malu.sudah banyak aku terhutang budi padanya.duit buku pun aku belum jelaskan lagi.
“tak sudi makan..”dia menegurku.aku telan air liur.
mak..laparnya.kalau aku tak makan melepasla.subway dahla jauh dari kampus.dia sanggup keluar belikan untuk kau nia,takkan kau nak tolak,kecik hati dia nia.kurang-kurangnya jamahlah sikit, hatiku berkata-kata.tanganku perlahan mencapainya membuka wrappingnya dan memasukkan ke dalam mulutku.subway itu dirasakan sungguh sedap dari kebiasaan.mungkin sebab dihadiahkan oleh seseorang,rasanya agak lain.
“sedap nampak.tak pelawa aku pun..”mila memerliku.aku tergelak,terlupa nak pelawa mila dan harris.sorry beb, lapar sangatla mila.
“mestilah sedap.saya dah letak minyak dagu dalam tu..”harris bersuara dan serentak tersembur subway yang dikunyahku.aku terbeliak.harris ketawa kecil.
“I’m just kidding ok.gila saya nak letak minyak dagu…”dia ketawa lagi melihat gelagatku tadi.aku mengelap cebisan subway yang berada dipipiku.comotnya kau nia.tak senonoh betul.dahlah depan lelaki pulak tu.kalau depan mila jek oklah.
“let me help you..”harris mencapai tisu.belum sempat aku mencapai tisu di tangannya dia sudah mengelap tisu itu dipipiku.perlahan-lahan membersihkan kotoran itu.
aku..kaku.terkedu..sama seperti mila.terkejut dengan tindakan harris..macam dalam mimpi…dalam buku novel..macam dalam filem hindustan..tiba-tiba ada lagu..ada orang joget-joget…keluar gambar permandangan..hanya aku dengan dia jek…stop that nonsense nia……aku menolak halus tisu itu.
“thanks….”aku menjawab perlahan.malunya.dahlah aku yang comot.dia tolong bersihkan.mila masih lagi terkedu dengan aksi luar jangkaan itu.harris yang menyedarinya bangun meminta diri.
“sorry girls..ada lecture..off dulu..lain kali kita borak-borak lagi…”
“hah…”itu saja perkataan yang terkeluar dari mulut kami berdua.memerhatikan harris melangkah dari meja kami.sebaik tubuhnya menghilang dari pandangan mila menjerit kecil
“nia..u’r so lucky..ok.read my lips LUCKY…..”mila pula yang terover excited.
“what…”aku makin tidak paham dengan perangai mila.dia pulak yang seronok lebih-lebih.aku ni makin takut dengan perangai getleman tak bertempat si harris tu aderlah.

teet..sms masuk lagi

u’re so cute just now nnti I’ll give u a call tonight..don’t off u’r phone..or else I pergi kolej u…

sms ugutan pulak.dah makin berani mamat ni.aku memandang ke arah pintu keluar kafeteria itu.harris berjalan beriringan dengan rakannya tadi.dia menoleh kebelakang menyedari aku memerhatikannya dan sempat dia mengenyitkan matanya seperti kejadian di mph haritu.ee..gatalnya mamat ni.siap kau malam ni.aku tazkirahkan kau cukup-cukup.
“mila jom,teman aku pergi library..”aku menarik tangan mila.mila makin pelik dengan tingkah lakuku.dah tersampuk harris ke budak ni.
“aku nak cari buku-buku panduan agama jap..ada nak buat kajian..”dan mila semakin melopong.dia bangun mengikut langkahku yang semakin deras menuju ke arah perpustakaan.



“assalamulaikum mak..buat apa” aku menelefon mak.sesudah menelefon along,adik dan acu tadi aku sambung perbualan dengan mak pulak.sengaja aku biarkan callku engage.mesti bengang mamat gatal tu.call tak dapat-dapat.aku ketawa jahat.padan muka kau.
“mak baru balik dari kenduri doa selamat rumah dr sakinah…”mak menjawab sayup-sayup di corong telefon.talian agak terganggu sedikit.
“dr sakinah….”tak pernah pulak aku dengar mak bercerita mengenai doktor tu.mak selalu bercerita tentang tempat kerjanya kepadaku.tak pernah terkeluar nama itu dari bibir mak sebelum ni.
“ex-specialist mak.dulu dia satu wad pastu dia pindah ke private specialist.kenduri menyambut  menantu ke 3 dia.weekend ni baru kenduri kahwinnya.kau nak ikut tak.balik la kuantan minggu ni”mak mempelawa aku.
hai pelik.sebelum ni memang mak jarang mengajak aku ke kenduri yang tidak melibatkan saudara-mara kami.mak memang tau aku jenis liat nak menemannya ke kenduri kahwin.
“malas la mak.banyak assignment nak siapkan..”aku membalas.
banyak tugasan yang aku kena siapkan sepanjang minggu ini untuk dihantar pada minggu berikutnya. lagipun aku memang tidak berminat menemani mak ke kenduri itu.malas nak berhias,malas nak melayan kawan-kawan mak yang asyik mengusiknya mengenai teman hidup.
“betul nia taknak ikut mak.nia tak nak jumpa anak dr sakinah ke..”soalan mak makin menjerat.
anak dr sakinah.aku dah agak dah mesti mak ada plan lain.mesti mak nak kenen-kenenkan aku dengan anak doktor tu.mak oii,dah-dahla mencari pasangan hidup untuk anakmu ini.anakmu ini tidak terlalu desperate sangat mencari pasangan hidup.aku baru 23  tahun,belajar belum habis,tak terfikir nak berkahwin pun.
“anak dia tengah bercuti nia.baru balik dari ireland..”
gulp..aku menelan air liur.balik dari ireland,cuti.macam menjerumus ke arah seseorang.mak takkan mengajakku bersungguh-sungguh seperti itu.
“anak dia tanyakan khabar nia.katanya dah lama tak jumpa nia…”
adam..nama itu yang terkeluar di kepalaku.adam balik malaysia.adam anak kawan mak.ya Allah kecilnya dunia ni.pusing-pusing,lari-lari..rupa-rupanya dia dekat jek dengan aku.
“adam ke mak.malasla mak.orang bukannya ada apa-apa dengan dia pun.perkara dulu tu nia dah lupakan”aku menjawab tegas.masih menolak ajakan mak.
“nia betul taknak jumpa dia.just as a friend.lagipun mak pun tahu dia dah ada pilihan hatinya.ada pun dengannya tadi..”
kata-kata mak menghiris hati ku ini.dia dah ada pilihan hati.dalam hati aku masih mengharap ada ingatannya terhadapku tanpa aku sedari dia sudah jauh meninggalkan aku.mungkin nama aku tidak pernah terpahat dihatinya.siapa gadis bertuah tu.orangnya mesti cantik,bersopan santun,bergaya sesuai dengan dirinya itu.hampir mengalir air mata ini dibuatnya.be strong nia,adam bukan sapa-sapa pada nia kan….
“takpelah mak,nanti nia bertumbuk pulak dengan dia…’aku cuba berlawak dengan mak sambil memberikan ketawa paksa di corong telefon tanda aku ok menerima perkhabaran itu dari mak.
mak ketawa juga mendengar lawak splastik dariku itu
“sampaikan salam nia pada dia ye mak…”aku menyambung kembali perbualanku.biarlah adam menjadi satu sejarah dalam hidupku.aku doakan adam bahagia dengan pilihan hatinya itu dan Tuhan tolonglah luputkan ingatanku kepadanya.
“ok nia,mak nak gosok baju abah kau ni.kan pakai baju berkedutlah abah kau pergi sekolah esok..”mak meminta diri.
aku merenung jam.sudah pukul 11 malam.lamanya aku bergayut di telefon semata-mata mengelakkan panggilan dari mamat gatal tu.nak saja diceritakan pada mak mengenai harris tapi hasratku terbantut bila mak bercerita mengenai adam.mematahkan mood betul mendengar nama adam.
‘ok mak,nite mak.kirim salam abah dan acu yek….”
“eh bukan kau dah bergayut dengan acu ke tadi nia….”
aku tergelak kecil.rupa-rupanya mak menyedari  aku menelefon acu tadi.
“yerla mak…nite mak…mimpikan nia yek mak…”aku cuba mengusik mak
“mak mimpikan nia bagi mak menantu nanti…”mak mengenakan aku kembali.jahat mak…beranganlah mak.anak mak sorang ni takde hati nak mencari lagi.
“assalamualaikum mak….”aku mengakhiri perbualan
“wassalam nia…”talian diputuskan.
sambil hatiku berdebar-debar sekiranya ada panggilan masuk dari harris.jahatnya aku.tergamak aku buat harris macam ni.biarkan dia tertunggu-tunggu.mesti harris bengang dengan aku.dahlah tak cantik,ada hati nak jual mahal.tiba-tiba timbul rasa menyesal pulak.kalau harris ikhlas nak berkawan dengan aku apa salahnya.bukan nak buat laki pun.kawan-kawan jek.lagipun dia kelakar dan getleman.aku suka tengok dia senyum.sweet sangat.rasa tenang bila dia tersenyum.kalau dia buat muka pelik lagi comel.saat ini aku meronta-ronta minta harris menghubungiku.takkan aku nak call dia.malulah,nampak sangat aku mengharapkan dia call aku malam ni.nope,jangan call dia nia.kau kena jual mahal sikit.kalau dia ikhlas mesti dia berusaha call kau jugak malam ni.dia dah berjanji.lelaki yang baik takkan mungkir janji.dia mesti sabar nia.

teet..sms masuk

nia..i’ve keep calling u since 8.and it keep going to u’r voice mail..any problem

tangan aku pantas membalas.tersenyum membaca sms darinya.bagai ada kelegaan dihatiku ini bila dia cuba menghubungiku.

nope,receive call dr family.lama tak berbual dengan dieorang

teet..sms masuk lagi

saya call sekarang..boleh.or am I disturbing u..just a minute.nak dengar suara awak..

aku tergelak kecil membacanya.he’s so sweet.dengan aku yang dia baru kenal dia dah bagi layanan seperti ini.kalau dengan girlfriend entah macam mana.uikss..bercakap pasal girlfriend baru terfikir.lelaki macam dia ni,dah final year takkanlah takde girlfriend kot.entah-entah gf dia kat kampus ni naya aku nanti.kena serbu dengan gf dia ke tak ke malu.better ask for the sake of you nia…tanganku pantas membalas kembali smsnya itu

gf awak tak marah ke awak call saya malam-malam ni.saya taknak bertanggungjawab kalau awak bergaduh

teet..sms masuk.laju betul mamat ni membalas

nope..dia  tak marah cause I’m texting with her now..

what..sambil dia sms aku dia sms gf dia jugak.tangkas betul lelaki ni.wait…ayat ni macam double meaning jek.i’m texting with her now..sapa yang tengah bersms dengan dia sekarang..aku jek..eh bila masa pulak aku dengan dia declare ni..or memang betul dia tengah melayan gf dia serentak dengan aku..
handphoneku terus berdering..aku menatap skrin phoneku..tertera nama harris..nak jawab ke tak..jawab ke tak..nia cepat nia..rezeki di depan mata nia..ringan tanganku menekan butang accept di telefonku…
“hello assalamualaikum…”aku yang memulakan perbualan dulu.
masih senyap sunyi corong telefon itu.dia diam tidak bersuara.merajuk denganku pulak ke.aduhh…buat hal betul mamat ni.
‘nak cakap dengan siapa…”aku bersuara lagi mengharapkan dia menjawab.masih lagi sunyi tanpa balasan darinya.dia ni buat lawak antarabangsa ke ape.kata nak call tapi senyap jek
“kalau taknak cakap saya letak telefon…”aku memberikan amaran yang pertama.terbakar hatiku sedikit dengan gurauan harris.masih lagi diam membisu.ke telefon aku ni rosak aku membelek-belek telefonku.tadi bergayut ok  jek.dengan mak jek line tak berapa clear.
“jangan main-main..saya letak sekarang..nite..assalamulaikum…”
aku putuskan talian.puas hati.main-main dengan aku.dah kena sedas dengan aku.kalau aku jumpa dia depan-depan memang siaplah kena basuh dengan aku.baru aku nak bagi kuliah agama pada dia malam ni tapi membisu pulak.tadi dia yang beria-ria nak call.hampeh betul..aku merungut-rungut.mujur mila belum balik dating lagi.kalau tak mau pening dia tengok karenah aku malam ni.

teet sms masuk…

I just told u..it’s only a minute..just only to hear u’r voice

teet.. sms masuk lagi

sorry, saya taknak ganggu awak malam-malam..saya cuma nak dengar suara awak.lain kali baru kita berbual panjang..nite..assalamulaikum..sweet nia….

ya Tuhan..mahu pengsan aku membaca sms terakhirnya.memang sama macam dalam novel.heronya yang romantik.macam mimpi.sebijik macam novel-novel cinta yang pernah aku baca sebelum ni.macam nilah perasaan yang aku rasakan sewaktu membacanya.terbuai-buai dalam kegembiraan.mungkin ini kurniaan Tuhan setelah apa yang aku lalui sebelum ini.harris..harris..macam berzikirlah plak aku ni..asyik terngiang-ngiang nama itu ditelingaku dan semakin ingatanku terhadap adam hilang.dan aku terus terlelap sambil senyuman terukir dibibirku sambil mengengam erat handphoneku itu.
 

continue...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan